Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Wednesday, February 24, 2010

sElAmAt PeNgAnTiN BarU(26/2/10)

 
Hamba Allah yang DikasIHi dan DimuLIakaN

Khasiat Asma' Al-RahMaN

Asma Ul hUsnA YAng TeraGunG

  •  BaraNg SiAPa bErZiKiR deNgAN DiA sepErTi DiKAtAnya ' YA RAHMAN" tiap-tiap hari 100 kali tiap-tiap selepas sembahyang lima waktu,InsyaAllah keluar dari hatinya lupa dan lalai dengan izin Allah Taala.
  • BarAng siaPa mEngULangI mEnyEbUt NaMA 'YA RAHMAN' ini 100 kali setiap selepas sembahyang fardu akan memperolehi ingatan yang baik,kesedaran yang mendalam dan memiliki hatiyang bersih,InsyaAllah..

Tuesday, February 23, 2010

MENGINGATI ALLAH PADA SETIAP MASA


1) Zikrullah adalah asas pengabdian kepada Allah.Ia merupakan hubungan hamba dengan dengan Tuhan pada setiap masa dan tempat..
•Aisyah r.a : “ Adalah Rasulullah s.a.w mengingati Allah pada setiap waktu ”
•Apabila sentiasa berhubung dengan Allah,hati kita akan menjadi hidup
•Sentiasa berlindung dengan Allah akan beroleh keselamatan dan keamanan serta sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
•Mengingati Allah akan mendapat kejayaan dan keredhaanNya.
•Sebaliknya,apabila sesorang jauh daripada Allah akan sesat lagi rugi.

2)Mengingati Allah membezakan seseorang daripada golongan munafik yang sentiasa melupakan Allah dan tidak mengingatinya kecuali sedikit sahaja.

3) Syaitan tidak menguasai manusia yang sentiasa mengingati Allah.

4)Zikrullah juga menjadi benteng yang teguh yang memelihara seseorang daripada tipu daya dan godaan syaitan.

5)Mengingati Allah adalah jalan kebahagiaan seseorang.
Orang yang beriman dan mereka yang tenang hati mereka dengan mengingati Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati-hati akan menjadi tenang”(Ar-Ra’du:28)

6) Kita perlu sentiasa mengingati Allah kerana ahli syurga tidak merasa kesal kecuali sesal itu di atas berlalunya masa dalam keadaan tidak mengingati Allah ketika di dunia.

7)Allah mengingati orang yang mengingati Allah..
Hendaklah kamu mengingatiKu,nescaya Aku akan ingat kepadamu dan hendaklah kamu bersyukur kepadaKu dan jangan kamu kufur di ats nikmatKu”(al-baqarah:152)
Buat tatapan
~~~~~~Sekiranya seseorang begitu gembira apabila seorang raja mengingatinya lalu memujinya di dalam majlisnya,bagaimana pula apabila Allah,yakni raja segala raja(almulk)menyebutnya dan mengingatinya bersama para malaikat???~~~~~FIKIRKANLAH!

8)Mengingati ALLAH bukan bermaksud menyebut nama Allah pada lidah,tapi hati lalai daripada Allah dan mentaatinya,tetapi MENGINGATI ALLAH pada lidah mesti disertai dengan memikirkan keagungan Allah dan kesannya dapat dilihat pada tindakan dan perbuatan.

9) Seseorang mesti sedar apa yang disebut lisannya.Hati dan lisan hendaklah sama-sama mengingati Allah supaya seseorang sentiasa berhubungan dengan Allah zahir dan batin.

Rujukan:Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah s.a.w
Diedit daripada: Zulkarnaian Dollah,PTS

Kepada Yang bergelar Sang 'HAWA'



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG……..

Assalamualaikum HAWA..

Semoga sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T selalu. Tujuan utama surat ini ditulis adalah untuk memberi sedikit nasihat dan peringatan kepada saudari HAWA. Ini bukan bermakna ana tidak membuat kesalahan dan kesilapan. Sudah menjadi fitrah manusia untuk membuat kesalahan, dan turut menjadi fitrah manusia untuk insaf dan bertaubat di atas semua kesalahan yang telah dilakukan. Sebagai manusia yang dhaif, saya terpanggil untuk memberi sedikit peringatan kepada saudari, supaya saudari tidak pergi lebih ‘jauh’ dari batas-batas syarak.

            Terlebih dahulu ana ingin memohon maaf andai kandungan surat ini akan menyentuh perasaan saudari. Ana hanya ingin menunaikan tanggungjawab ana sebagai seorang muslim dan tidak mahu turut menanggung dosa-dosa yang saudari lakukan dengan membutakan mata dan hati di atas segala perbuatan saudari.Mungkin sahabat-sahabat HAWA tidak pernah meneguri HAWA dan kiranya menjadi tanggungjawab ana untuk menegur sesuatu yang tidak betul pada pandangan masyarakat sekeliling kita. Pertama HAWA, tolonglah menjaga peribadi sebagai seorang muslimah, tidak kira dari segi pemakaian atau dari segi tingkah laku dan adab. Dari segi pemakaian, tolonglah HAWA pakailah pakaian yang longgar dan labuh. Labuhkan tudung hingga ke dada. Tutuplah segala anugerah yang Tuhan berikan kepada kaum Hawa. Sesungguhnya perhiasan-perhiasan pada tubuh kita ini hanya untuk lelaki yang sah,iaitu suami kita kelak. Tidak perlu dipertontonkan untuk semua HAWA. Hadis Rasullullah S,A.W, “sesungguhnya perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikkannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya akan memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kelak.”

            Kedua HAWA, berkaitan dengan pergaulan atau pun ikhtilat. HAWA… tiada sesiapa pun yang menghalang hubungan HAWA dengan dengan mana-mana lelaki atau sesiapa sahaja. Kerana kami tahu itu adalah fitrah manusia, mahu disayangi dan menyayangi. Tapi HAWA, setiap perkara harus ada batasnya. Perhubungan antara laki-laki dengan perempuan juga harus ada batasnya. Sebagai muslimah yang sejati HAWA harus tahu menjaga batas-batas perhubungan. Maksud ana, kita tidak perlu selalu berjumpa atau keluar berdua-dua untuk membuktikan kita berkasih sayang. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." ( HR.Ahmad) Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Isra:32).

            Ana berharap bahawa ana adalah orang yang pertama dan terakhir menegur HAWA dengan cara sebegini. Bukan niat untuk membuka pekung di dada HAWA tetapi tujuan ana adalah demi kebaikan muslimah sejati yang ana kasihi. Ana berharap agar HAWA tidak mengambil hati dengan apa yang telah dibangkitkan dalam warkah ini. Ana tidak mengharapkan nama untuk membuktikan ana adalah seorang yang baik,tetapi yang ana mahukan adalah hijrah perubahan diri,terutama kaum Hawa.Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk dan kelemahan itu datang dari ana sendiri…
Akhir kalam, ana sentiasa mendoakan kesejahteraan HAWA serta diri kita semua….Amin….

Wassalam….
oleh:Ustaz Amin IPGKDRI


Sunnah Rasulullah s.a.w dalam situasi tertentu




MENGHADIRKAN NIAT YANG BAIK DALAM SEGALA  PEEL PERBUATAN
Ø  Segala amalan yang diharuskan seperti makan,tidur,bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah s.w.t jika diniatkan keranaAllah.
Ø  Seseorang hamba akan diganjarkan pahala yang banyak dengan syarat segala amalan tersebut perlu diniatkan sematamata kerana beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
Ø  Sabda Rasulullah s.a.w :
~Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat~ (Bukari dan muslim)
Ø  Contohnya: Seseorang yang pada malamnya tidur awal dan berniat untuk bangun malam atau bangun untuk solat subuh untuk beribadah kepada Allah= maka tidurnya akan dikira sebagai ibadah..


MENGERJAKAN BEBERAPA AMALAN DALAM SATU WAKTU
Ø  Mereka yang mengerjakan beberapa amalan dalam satu waktu adalah orang yang bijak menguruskan waktunya sehingga ia sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah.
Ø  Contohnya:
1) Apabila kita ke masjid dengan berjalan kaki,ianya merupakan satu ibadah.Dalam perjalanan tersebut,ia berzikir,bertahmid serta bertasbih serta membaca Al-Quran.
~Di sini,banyak kebaikan yang akan diperolehinya..Subhanallah,Maha Penyayang Allah
Taala kepada hambaNya.
2)  Apabila kite ke kelas,kita menyapa sahabat-sahabat dengan senyuman dan salam serta berkata dengan kata-kata yang baik serta tidak menyinggungnya.Kita juga akan memperoleh ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

Monday, February 22, 2010

Subhanallah..Ku berzikir kepadaMu Ya Rabb..

SukarNYe MeNgGaPaI ReDha IlaHI..........
Nastagfirullah..Nastaghfirullah..Nastaghfirullah..Nastaghfirullahal azim..


Sedikit petua keindahan ROHANI...jom same2 amalkan..yup!

Barangsiapa berzikir dengan sebutan lafaz bacaan 'Ya Allah'
tiap-tiap lepas sembahyang fardu 66 kali sampai 66 hari,InsyaAllah dengan izinNya baginya sebutan yang besar dan kebaikan yang banyak pada ilmu duniawi dan ukhrawi...
Lebih baik lagi sekiranya diamalkan terus setiap hari..InsyaAllah,ganjaran besar akan diperoleh di sisi Allah Taala
..
-99 Nama Allah Yang Termasyur-Talib Samat

Berimanlah!!!..Kerana iman boleh menghilangkan keresahan,dan melenyapkan kegundahan..Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang2 yang suke beribadah...

Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka..sesungguhnya segala sesuatu itu sudah ada ukurannya,maka tinggalkanlah keluh kesah..

Ketahuilah,dengan mengingati Allah..hati-hati akan menjadi tenang dan dosa kite akan terhapus..Dengan mengingati Allah,DzatNya yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib  akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap..

Subhanallah
Alhamdulillah
La Ila Ha Illallah
Allahu Akbar..
Allahumma Solli Ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad s.a.w
wE LoVe MuHAmmAD s.a.w..


Sunnah Rasulullah ketika memasuki bILik mAndi DaN KeLuaR daRipAdAnyA
*      MASUK dengan melangkah kaki kiri dan keluar darinya dengan langkah kaki kanan.
*      Membaca doa ketika masuk bilik mandi
Allahumma inni a’ue zubika laminal khubuthi wal khaba ith”
~Ya  Allah,aku berlindung denganMu dari syaitan betina dan syaitan jantan~
*      Membaca doa ketika keluar
“  Ghufranak ”
~ Aku mengharapkan keampunanmu ~

Mutiara berharga..

Salam mujahadah
Cebisan hamba buatMu Ya Rabbul IzzATI..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sukarnya untukku menggapai cintaMu..
Cinta ilahi!!..
CINTA SEJATI..CINTA HAKIKI!
Ya Allah Ya Tuhanku..
Mengapa terlalu banyak ujian dan dugaan perluku tempuhi..
Betapa hambaMu ini tidak bersyukur dengan segala rahmatMu..
Sentiasa bertanya..mengapa Kau menguji keimanan serta kesabaranku terhadap NikmatMu
Bertanya mengapa,mengapa dan mengapa..
Ya Allah..
Ku dambakan cintaMu Ya RAbb..
Ya Allah Ya Tuhanku,
bantulah aku untuk menggapai RedhaMu..
Tabahkanlah aku..
Mahmudahkan akhlakku..
Ya Latif..
Aku sedar diriku masih tidak bersyukur dengan segala kurniaanMu..
Aku sentiasa mengeluh dan mengeluh dengan segala nikmatMu..
Baruku sedar Ya Allah!!
Engkaulah penciptaku..
Engkaulah yang menguasai hatiku..!
Engkaulah pentadbir hati-hati ini!
Janganlah engkau membolak-balikkan hatiku..
Aku ingin menuju jalan redhaMu..
Ku doakan Ya Allah..
Agar kau dapat memegang hati ini ke arah yang satu..
Iaitu..MaRdHoTiLlAh..
fID dUNIA wA fIL akhIRah..
Amin..

Ya Rabb,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
Kita mengatakan cintakan Allah, namun hati sentiasa ingat pd cinta insan..Kita sekadar hanya ingat pdNya dlm masa tertentu saja..Hati kita sering membiasakan diri dgn cinta manusia, seringkali kenangkan si dia, hingga abaikanNya..kerana itu, sukarnya kita mengerti dan menggapai kasih sayangNya kerana hati telah diliputi dgn cinta insan~

hAYAtiLAh dOa RaBithaH DlM mA'thURAT Nih

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada penah padam Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

ikutilah kisah kesabaran nabi ayyub a.s..!!Jom sabar!!

Kisah ini ana ambil dari seorang blogger..Wallhu a'lam..

Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s., adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak Nabi Luth a.s.Ayahnya seorang yang kaya-raya, memiliki ternak;unta, lembu, domba, kuda, keledai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan. Ketika dia meninggal dunia, maka semua kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s. telah menikah dengan Siti Rahmah, anak Afrayim putra Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telah mengurniakan mereka 12 kali kehamilan yang tiap-tiapkali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian dia diutus oleh Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah Ta’ala menyempurnakannya, dengan budi-pekerti yang baik, lemah-lembut selama orang tidak menyalahi,mendustakan dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya. Nabi Ayyub a.s. mempunyai meja makan yang khusus disediakannya untuk tamunya; orang-orang fakir miskin dan tamu lainnya.Dan Nabi Ayyub a.s. terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti suami yang memperhatikan kasih-sayangnya, dan terhadap orang-orang yang lemah seperti halnya saudara yang mencintai dengan kasihnya. Dengan nikmat yang diberikan Allah,NabiAyyub a.s. tampak tidaklah lupa sedikit pun hatinya bersyukur, serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.

Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan akhirat, dan Iblis ingin merusak salah satu atau kedua-duanya;dunia dan akhirat tersebut. Lalu Iblis terkutuk,disaat itu naik ke langit yang ketujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai,pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya:”Hai Iblis terkutuk, bagaimana engkau melihat hamba-Ku Ayyub? Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupun sedikit?”
IBLIS
Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mau menyembah-Mu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup (harta yang berlimpah) dan kesihatan;kalaulah tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembah-Mu , maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah Ta’ala kepada Iblis: “Engkau dusta, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterimakasih kepada-Ku, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.

Kata Iblis: “Tuhanku,berilah aku kekuasaan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana aku membuatnya lupa mengingat-Mu dan menyibukkan dia dari beribadah kepada-Mu.” Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap segala sesuatunya, kecuali jiwa dan lidah (ucapan) Nabi Ayyub a.s.Maka Iblis pun kembali dan menuju ke tepi laut, lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin, baik yang laki-laki maupun yang wanita berkumpul di sisinya seraya berkata:”Apakah gerangan yang menimpa kamu?” Iblis menjawab: sesungguhnya saya telah mendapat kesempatan yang belum pernah saya peroleh seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari sorga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.” Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merusak semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s.

Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s. yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadatnya. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaanmu yang kritis ini, sesungguhnya dia tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub a.s. tidak menjawabnya,sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah,Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.”Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.Maka Iblis pun kembali dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya.

Dan Nabi Ayyub a.s.itu mempunyai 14 anak,lapan orang lelaki dan enam orang perempuan. Kesemua mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya. Maka berkumpullah para setan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s.sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan.Maka Iblis pergi kepada Nabi Ayyub a.s. sedangkan dia (Nabi Ayyub a.s.)dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu, dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah dimana anak-anakmu berada, sehingga mereka mati semuanya?” Nabi Ayyub a.s. tidak menjawab sedikit pun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya.Lalu Nabi Ayyub a.s.berkata: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah, Dia yang telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambil dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.” Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk.

Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub a.s. sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub a.s. sujud, Iblis meniupkan dihidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s. berkembang dan berpeluh yang banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat.
Berkata isterinya Siti Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah diwaktu malam dan berpuasa diwaktu siang tanpa henti-hentinya. walaupun sesaat, dan engkau masih juga tidak merasa cukup.”Lalu Nabi Ayyub a.s.terkena penyakit kudis pada seluruh tubuhnya, Mulai dari kepala sampai kekakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya.Sampai-sampai sanak-keluarganya dan teman-temannya, menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Ayyub a.s. mempunyai tiga orang isteri; maka yang dua meminta cerai dan dia pun menceraikannya dan tinggal satu sahaja isterinya iaitu Rahmah yang selalu melayaninya siang malam. Kemudian datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah, kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami.Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini, dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau dari sini dengan cara paksa!” Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s.). Dan dia menggendong Nabi Ayyub a.s. dipunggungnya sedangkan air mata mengalir dipipinya serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rusak yang dijadikan tempat pembungan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub a.s. di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub a.s. maka mereka berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh darikami , kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami, biar memakannya.”Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ke tempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu.

Kemudian Siti Rahmah pergi kesebuah desa,maka Nabi Ayyub a.s. memanggilnya: “Kembalilah engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan kawatir, wahai suamiku; sesungguhnya saya tidak akan meninggalkan engkau selama hayat dikandung badan.” Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Nabi Ayyub a.s. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahwa dia adalah isteri Nabi Ayyub a.s. Maka mereka tidak mau lagi memberinya pekerjaan, bahkan mereka berkata; “Pergilah engkau jauh-jauh, kerana sesungguhnya kami merasa jijik kepada mu.

Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “Ya Tuhanku, Engkau telah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya Tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari rumah kami di dunia, maka janganlah kiranya Engkau mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari Kiamat.”Adalah Nabi Ayyub a.s. tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadannya, dan dia berkata: White_maggot“Makanlah olehmu semua apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah Ta’ala.”Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggal tulang belulang,yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang kelihatan. Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian depannya kebahagian belakangnya. Dan yang tinggal dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hatinya dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari berzikir kepada Allah. Diriwayatkan yang Nabi Ayyub a.s. mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.

Pada satu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub a.s.: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah Ta’ala supaya Allah menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s. kepada Siti Rahmah: “Berapa lamakah kita telah hidup senang?” Kata Siti Rahmah:”Delapanpuluh tahun.” Kata Nabi Ayyub a.s.: “Sesungguhnya saya berasa malu kepada Allah Ta’ala, untuk meminta kepada- Nya, sebab waktu cobaan-Nya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.”

Pada ketika dibadan Nabi Ayyub a.s. sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan diantara mereka, hingga akhirnya tinggal dua ekor ulat , yang selalu berkeliaran dibadan Nabi Ayyub a.s. dalam usaha mencari makandaging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi kehati dan memakan hatinya dan yang lainnya pergi kelidah dan menggigitnya.

Disaat itulah Nabi Ayyub a.s.berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedang engkau Dzat yang Maha Pengasih.” Hal ini tidaklah termasuk dalam katagori keluh-kesah dan tidak pula dia berarti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.”Kerana sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus dari syukur dan berzikir kepada Allah Ta’ala. Maka seakan-akan dia berkata: “Tuhanku aku bersabar atas segala percobaan-Mu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada -Mu dan lidahku masih dapat berdzikir kepada-Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan dzikirku pada-Mu. Maka aku menjadi tidak bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan Engkau Dzat yang Maha Pengasih lagi Penyayang.”

Kemudian Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik-Ku, sedangkan rasa sakitpun milik-Ku, apakah ertinya susah?”Diterangkannya pula: “Bahawa Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya:”Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu inidaripada-Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu,dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya adalah cinta-kasih.”

Dan sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah Ta’ala, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-Nya. Lalu Allah Ta’ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah, dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi obat untuk manusia.

angel-0008Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s., dengan membawa dua buah delima surga. Kata Nabi Ayyub a.s.: “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”

Ketika Nabi Ayyub a.s. memakan kedua delima itu, Jibril a.s. berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!”Maka Nabi Ayyub a.s. pun berdiri.Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub a.s. memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga ia minum dari air tersebut.Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar maupun dibahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula,wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Bersabar satu saat terhadap satu bencana, itu lebih baik daripada beribadah satu tahun.”

[Rujukan:Durratun Nasihin, oleh Usman Alkhaibawi]

*dicopas dari ,,, mmm,,, lupa gw,,, :P tp yang jelas gambar hanya sebagai ilustrasi, bukan perlambangan*

Selamat pagi!!!



sUnnAh RasuluLLah keTikA bAngUN dARi TidUr:
1) menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan
Imam Nawawi dan imam ibn hajar merekodkan,sunat menyapu kesan-kesan tidur yang
terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur.
2) membaca doa bangun daripada tidur
" Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan
kepadaNya kami akan dibangkitkan"
3) bersugi.




Sunday, February 21, 2010

terima kasih Allah

Cinta monyet! Carilah cinta Yang Hakiki!!!

Salam Ukhuwwah..
dengarlah sahabat2 rayuan hatiku yang kerdil ini....
bercinta di sekolah hanyalah cinta mainan iaitu cinta monyet saje..haha..
Ana nak ceritakan serba sedikit pengalaman ana di sekolah dulu2 sejak berada di bumi kemamang Terengganu..Ana ni bersekolah pelik dari orang laen..
Orang lain hanyelah tadika,sekolah rendah dan sek menengah..Tapi ana lain sikit..
PELIK DARI yang pelik..huhuh,,!!!
Dahla tak tadika,masuk sekolah terus darjah satu,lepas tu je..buat peel(perangai nangis2)..Lepas tu je ayah dan mak tak hantar sekolah..Sedih,huhu..Masuk darjah satu tanpa tadika,seperti teragak kepelikan bagi diri ini..mase tu taung 1995..Bile dikenang kembali waktu tu,hanya memalukan saje..duk teriok jah kerjanya sebelum masuk kelas..
Di sini,ana nak cerita tentang jasa seorang ayah dan ibu yang perlu kite kenang sampai ke mati,hehe jugok sampai ke akhirat.,InsyaAllah.!!.!!
Nilai dan jase ibubapa ni kite kene kenang,kenang dan sentiasa kenang sampai bile2 ye sahabat-sahabat.ilal akhirrrrrrr..huhu.
Ana rase Ana ni anak yang derhaka dan tak kenang jasa ibubapa..Tu yang Allah uji ana dengan kesakitan dan lain-lain..hihi..sedihnya!!!
Ya Tuhanku kalu dikenang kembali.!
Jangan sesekali membuatkan ayah mak kite terasa hati dengan kita..jangan buatkan mereka tak senang hati dengan kita..Kalau boleh jangan menyusahkan mereka..Mereka telah membesarkan serta mendidik kite sampai ke menara gading..Ape lagi yang kite nak.???Ha,nak aper lagi????
Nak balas dengan kederhakaannn ke??????isyh,tepuk dadelah sahabat-sahabat!!!tak sedar diriler kite nih kang…!!tanye iman kite yep!!!!
TePUk DADA tanye ImANg..Ni juge peringatan untuk diri ana sendiri..Betapa sukarnya nak menjadi anak yang soleh dan solehah di mate Allah Taala kan sahabat-sahabat??????Kelebihan ibu bapa kite nih,depo tak nak dan tak nak .Mereka taknak kite balas jase depo..Depo haanya nakkan kejayaan dunia serta kebahagiaan anaknye di akhirat sane kan??..
Di sini,ana nak ucapkan ribuan kemaafan serta ribuan terima kasih kepada ibubapa ana iaitu Encik Raman dan Puan Fatimah kerana telah membesarkan anakmu ini sehingga dapat membaca serta mengenal huruf alif,ba,ta…1,2,3 dan sampailah sehingga kini..hihi,sedihnya!sayunye hati ini sekiranya mengingatkan jasa-jasa mereka kepada diri ini!!Apa balasan kite kepada depo sahabat2???ape yang kite mampu balas jase2 mak ayoh kite kalu tanpe dengan kejayaandan kesolehan akhlak kite..Ye tak persoalan ana nih sahabat-sahabat ye??Maafkan ana kalu tersilap serta terkasar bahasa..ana ni hamba yang dhaif di sisi Allah Taala dan masih perlukan teguran serta nasihat dari sahabat-sahabat..hehhe..
“ Ayah,Mak..tie(bahasa arabnye saye perempuan) sayang dekat ayah dan mak dunia dan akhirat” ..Sesungguhnya,jasa2mu tak dapat tie balas di dunia ini..Semoga jannah tempatmu duhai ibu dan ayahku..Doakanlah anak-anakmu seramai lime orang ini akan berjaya dan mendapat keredhaan serta kabahagiaan Allah Taala dunia dan akhirat.Cekalnya serta tabahnya dirimu ayah dan emak dalam mendidik anak-anakmu.Emak,emak,emak,ayah..Ti sayang kat ayah dan emok!.Hanye ungkapan tu saje dapat tie lontarkan pade mok dang ayoh!!!Ti sayang kat ayoh,mok,abang Kamal,abang San.abang Loh,adik Bah,Kak Ang,sufi dan bakal kak ipor,Kak Ju..hehe..Bukan dunia je tapi insyaAllah saaaaaaaaaayang tu sampai ke akhirat sane.InsyaAllah.amin..
Semoga kite sekeluarge akan dapat menempuh ujian Allah Taala yang bakal mendatang dengan sabar,tenang,tabah,redha dan dengan baik..amin..Ya ALLAH,tabahkanlah hati kami sekeluarge dengan ujian-ujian serta dugaan yang datang dariMu dalam kehidupanMu ini..Sesungguhnya Engkau Maha Mengerti Lagi Maha Mendengar akan rintihan hamba-hambaMu Ya Allah Ya Tuhanku.Amin ya Rabbal Alamin...ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMDU..
Ana jugok nok ambik kesempatan nih untuk nak ucapkan ribuan keampunan dan terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan seperti Sumayyah,Saidatul,Fatihah,Daniaty,Norlida,Syafihah,Wani,Saadah,Ain serta semua sahabat2 di IpgmKTB..
Hehe..Kokni,orang rindu kat mu Kokni.mu roommate org dunia dan akhirat,,hehe.Semoga dirimu sentiasa di bawah lembayung Allah Taala..orang doakan mu akan chat sokmo,jgn sakit lg tau..Org saaaaaaaaayang kat mu kokni..Sahabat2 ipg adalah sahabat2 sejati ana dunia dan akhirat..InsyaAllah.Ni penghargaan untuk sahabat2 pa..hehe!!alias,faiz sifu,mazwan,anas,syahmi,paih kelate,syapen,zailang(hehe)gurau je,zailan kelate,hazwan,afif,mahzan,syabaz,nakiah,k.we,k.ni,k.milah,etong..huhu maizatul,ros,afiqah,anis,adeq,mahirah,syafiqah,cik wan,ana,azlia,aqilah,hana,husna,atiqah,shahira,deen,(student baru)hisham-selamat dating ke ipg kiter,anwar,azri,shahir,jo,mukmin,amir dan faiz..Kalu ade yang x disebut,,maafkan ana yep..huhu
Semoga kite same2 dapat berjuang untuk menuntut ilmu di bumi Allah Taala kerana Allah Taala.
Jom sahabat-sahabat!!!!!!!Kite biah solehahkan ipgKTB kite tuh..Biaq semuo bukang Islam dapat peluk Islam..syoknyerrrr kalu semua orang masuk Islam kan...Kite dapat laksanakan ape yang ALLAH ajor dalam suroh Al-Imran ayat 104 kan..huhu……..memang syokkang…senyung sokmo...
Kiter jugok dapat laksanakan segala perintah Allah dan Nabi kite Muhammad s.a.w..huhu.Allahumma Solli Ala Muhammad,Wa Ala Ali Muhammad 3x..
“ Al-Fatihah buat nabi s.a.w,sahabat2 baginda,ibubapa kite,guru2 kiter serta semua muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau dah meninggalkan dunia ini.”.Al-Fatihah..
Kalo boleh pesan ana untuk diri yang kerdil ini,bab2 bercinte dengan sesame makhluk nih tolak tepi dulu. “Ni adalah azam ana sejak masuk ke alam persekolahan”... “Sampai mase dan waktu yang sesuai,kite pikiaqlah”..huhu..InsyaAllah..Buat ape gak nak fikiaq bab2 ni lagi,bile dah tibe mase dan waktu yang sesuai,InsyaAllah datanglah..Sesungguhnya Allah lebih mengetahuinya dari kite..
Wallahu ya’lamu wa antum La Ta’lamun..Surah Al-Baqarah..
Kang Allah ade kate dalam Al-Quranul Aziz yakni SURAT CINTANYE,lelaki yang baik untuk perempuan yang baek,begitu jugok dengan sebaliknye,,huhu.Doakan ana Berjaya hadapi ujian-ujian yang nih..Bukan senang kite nak dapat cinte hakiki..CINTA ALLAH DAN CINTA MAKHLUK..Macam-macam dugaan dan rintangan yang perlu dirasa dan dihadapi..huh!!
Sebelum ana terlupa..Di sini ana nak ambik jugak kesempatan untuk ucapkan selamat hari lahir kepada abang ngah ana..yang menyambut hari lahirnya pada 13hb 2 baru-baru nih yang ke 27.Abang San,Tie rindu kat abang San..
Semoga Abang San akan lulus ujian KPLI untuk jadi cikgu yang berjasa kepada anak didik seperti ahli keluarge kita yang lain..huhu,InsyaAllah..same2 kite doakan..amin Ya Rabbal Alamin..
Selain itu,kepada sahabat-sahabat yang ana muliakan seperti paih kelate(12 hb 2)eton(14hb 2)dan juga Mahzan(23 hb 2)..
Kepada semua yang menyambut sambutan hari lahir pada bulan ini,ana ucapkan SELAMAT HARI LAHIR..Semoga antum dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah Taala,Dimurahkan rezeki serta mendapat Kebahagiaan serta Keredhaan hidup di Dunia dan juga di AKHIRAT sane..InsyaAllah..amin Ya Rabbal Alamin.amin.


SeDikit sambungan daripada kisah di atas..hehe,lamenyer ana berceloteh kanngggg!!!!Huhu!!
Pada pandangan ana..Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah sekarang ini suka sangat bercinta di alam persekolahan..
Yang penting kita sebagai manusia yakni hamba Allah bercinta dan berkasih sayang dengan Allah dan RasulNya dahulu yup..
Brulah kita akan dapat cinta hakiki yakni cinta Allah dan cinta makhluk..
Yup...!!!!!!
bErCINTa dengan Allah ...dan RasulNya dulu..
Lepas tu kita bercintalah dengan makhluk atau sape-saper pun..hehe
Last sekali ana tinggalkan sahabat-sahabat dengan mutiara ibadah ini::
"Berkawan biar beribu,bercinta biar satu"
Satu lagi mutiara buat sahabat2 seperjuangan....hehe!!!
Makanan hati itu ada dalam keikhlasan,taubat,inabah,tawakkal kepada Allah,rasa ingin mendapatkan apa yang ada padaNya,rasa takut terhadap azabNya,dan kecintaannya kepada Allah"
Subhanallah..
Takbir!!!!!!
Allahu Akbar 3x..Wa Lillahil Hamdu..
Alhamdulillah..
Wallahu a’lam.
nukilan itairus,11:01pm/21hb 2
.Wassalam..
..

Saturday, February 20, 2010

Sunnah Rasulullah s.a.w ketika makan.

>SUNNAH RASULULLAH KETIKA MAKAN

SALAM MUJAHADAH sahabat2 semua..

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD,WA 'ALA ALI MUHAMMAD 3x..
Sunnah sebelum dan ketika makan..
1) membaca bismillah
2) makan menggunakan tangan kanan
3) Mengambil makanan yang berhampiran dahulu
Nabi bersabda dalam di dalam hadis Rasulullah s.a.w :
''wahai budak!!hendaklah kamu membaca bismillah,makan dengan tangan kananmu dan
ambillah makanan yang berhampitan terlebih dahulu''..
4) Mengambil suapan yang terjatuh,menyapunya dan memakannya semula.
5) Makan dengan 3 jari..Adapun situasi sekarang di Malaysia dan pada hari ini,kita
memakan nasi,maka tidak mengapa jika menggunakan semua jari..Ini adalah sunnah
Rasulullah mengikut suasana dan keadaan semasa..Adapun nabi makan dengan 3 jari
kerana makanan baginda pada waktu itu ialah buah kurma yang boleh dipegang dengan
3 jari..Wallahu a'lam..
6) Duduk ketika makan.

Sunnah nabi SELEPAS s.a.w

1.Menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada pinggan dan jari.Rasulullah s.a.w menyuruh supaya menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada jari dan pinggan..
Sabda nabi " Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di manakan terdapatnya berkat pada makanan kamu"

2. Memuji Allah selepas makan..
Sabda nabi s.a.w " Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepadaku makanan ini dan mengurniakan aku rezeki yang bukan datangnya dari keupayaanku."

Wallahu a'lam..sebarkan
Takbir!!!!
ALLAHU AKBAR..WALILLAHIL HAMD

Thursday, February 18, 2010

secebis kalam buat sahabat

Secebis kalam buat ingatan:Iman itu tak pernah hadir disaat hati menyenangi dunia, ia juga takkan lahir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta tetapi iman itu terbit tika malam semakin pantas menyinsing waktunya.vMencari dan tercari sekeping hati yang menangisi dosa2nya yg membelenggu diri disaat dahi menyembah ke bumi sementara teman2 lain terus lena mencari mimpi yg menghijab diri dari Nur Ilahi~

Wednesday, February 17, 2010

mutiara dan permata al-quran

Assalamualaikum w.b.t sahabat2 sekalian..semoga kita semua berada dalam redha Allah Taala..
Ana tinggalkan sahabat2 dengan firman Allah Taala..
Allah Azza wa jalla ada berfirman :

Ertinya :
" Dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran pada hal kamu mengetahuinya"
Permata Surah Al-Baqarah,ayat 42

Sebab turunnya ayat ini ialah daripada menjauhi 76 sifat yang dibenci,Syeikh Mustafa Al-Maraghi ialah :
Ayat ini telah menjelaskan tentang cara pendita Yahudi melakukan perbuatan2 sesat dan menyesatkan.Kitab suci taurat dan injil yang ada pada mereka memuatkan hal-hal sebagai berikut :

1) Mengingatkan tentang munculnya nabi-nabi palsu di tengah-tengah mereka dan terjadi pada mereka keaneh-anehan yang mengejutkan hati..
2) Allah akan membangkitkan seorang nabi dari keturunan Ismail di tengah-tengah mereka,dia akan mendirikan satu umat,dia adalah anak keturunan hajar.
Dan Allah terangkan tanda-tanda nabi keturunan Ismail ini dengan terang,tidak samar sedikitpun dan tidak mengelirukan....

Wallahu a'lam..
p/s:sebarang kesilapan blhla merujuk kepada ana_sofiyah88@yahoo.com.my..InsyaAllah..syukran lakum..Barakalllah fikum..
Wassalam....

kuasa hijrah kuasa untuk berubah

Tuesday, February 16, 2010

amalan sunnah nabi..yup amalkan bersama2

" Sesungguhnya PADA DIRI RASULULLAH S.A.W,itu contoh ikutan yang baik,iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Taala dan balasan baik pada hari akhirat.Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya " surah al-Ahzab : ayat 21..

Antara amalan sunnah nabi s.a.w yang blh dijadikan sebagai tauladan dan qudwah ialah " nabi s.a.w sentiasa bersugi dalam hadisnya bermaksud "Rasulullah s.a.w apabila bangun dari tidur,baginda menggosok giginya menggunakan siwak(kayu sugi)"-HADIS RIWAYAT DAN MUSLIM..

~~Antara kebaikan bersugi ialah dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan~~
*sama2lah kita mengambil iktibar dari sunnah nabi s.a.w ini..InsyaALLAH..
Ya Rasulullah s.a.w.:sesungguhnya aku merinduiMu dengan sepenuh hatiku..Pemergianmu ditangisi,Engkaulah Qudwah hasanah kami,Ya Rasulullah s.a.w..*

Takbir : ALLAHU AKBAR3X
WALILLAHIL HAMD..
BARAKALLAHU LAKUM..

Thursday, February 11, 2010

merindui dan dirindui Allah dan RasulNya

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM PERJUANGAN..
SEDIKIT MUTIARA BERHARGA UNTUK DIKONGSI dengan sahabat2..sama2 mengambil iktibar..

Siapakah orang yang sibuk?
~Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..~

Siapakah orang yang manis senyumanya?
~Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.~
" Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. ~

Siapakah orang yang kaya?
~Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.~

Siapakah orang yang miskin?
~Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.~

Siapakah orang yang rugi?
~Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.~

Siapakah orang yang paling cantik?
~Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.~

RENUNGKANLAH!!!!!!!!!!!!!!
%%%%%%% Ingat pesan Rasul junjungan %%%%%%
Akhlak yang mulia sangat istimewa sebagai perhiasan diri serta menjadi bunga2 yang mekar dalam diri manusia.semua sukakan sifat2 mahmudah..InsyaAllah..Tundukkanlah hati2 kita kepada Yang Maha Esa..InsyaAllah..
Sifat2 mahmudah:selawat,zikir,sabar,syukur,kasih sayang,memaafkan,redha,adil,amanah,senyum,bertegur sapa serta memberi salam dan banyak lagi..
Hanya Allah yang Maha Agung..Dia Maha Pengasih serta Penyayang kepada semua makhluknya....Wallahua'lam..wassalam