Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Tuesday, February 23, 2010

Sunnah Rasulullah s.a.w dalam situasi tertentu




MENGHADIRKAN NIAT YANG BAIK DALAM SEGALA  PEEL PERBUATAN
Ø  Segala amalan yang diharuskan seperti makan,tidur,bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah s.w.t jika diniatkan keranaAllah.
Ø  Seseorang hamba akan diganjarkan pahala yang banyak dengan syarat segala amalan tersebut perlu diniatkan sematamata kerana beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
Ø  Sabda Rasulullah s.a.w :
~Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat~ (Bukari dan muslim)
Ø  Contohnya: Seseorang yang pada malamnya tidur awal dan berniat untuk bangun malam atau bangun untuk solat subuh untuk beribadah kepada Allah= maka tidurnya akan dikira sebagai ibadah..


MENGERJAKAN BEBERAPA AMALAN DALAM SATU WAKTU
Ø  Mereka yang mengerjakan beberapa amalan dalam satu waktu adalah orang yang bijak menguruskan waktunya sehingga ia sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah.
Ø  Contohnya:
1) Apabila kita ke masjid dengan berjalan kaki,ianya merupakan satu ibadah.Dalam perjalanan tersebut,ia berzikir,bertahmid serta bertasbih serta membaca Al-Quran.
~Di sini,banyak kebaikan yang akan diperolehinya..Subhanallah,Maha Penyayang Allah
Taala kepada hambaNya.
2)  Apabila kite ke kelas,kita menyapa sahabat-sahabat dengan senyuman dan salam serta berkata dengan kata-kata yang baik serta tidak menyinggungnya.Kita juga akan memperoleh ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

No comments:

Post a Comment