Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Tuesday, February 23, 2010

MENGINGATI ALLAH PADA SETIAP MASA


1) Zikrullah adalah asas pengabdian kepada Allah.Ia merupakan hubungan hamba dengan dengan Tuhan pada setiap masa dan tempat..
•Aisyah r.a : “ Adalah Rasulullah s.a.w mengingati Allah pada setiap waktu ”
•Apabila sentiasa berhubung dengan Allah,hati kita akan menjadi hidup
•Sentiasa berlindung dengan Allah akan beroleh keselamatan dan keamanan serta sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
•Mengingati Allah akan mendapat kejayaan dan keredhaanNya.
•Sebaliknya,apabila sesorang jauh daripada Allah akan sesat lagi rugi.

2)Mengingati Allah membezakan seseorang daripada golongan munafik yang sentiasa melupakan Allah dan tidak mengingatinya kecuali sedikit sahaja.

3) Syaitan tidak menguasai manusia yang sentiasa mengingati Allah.

4)Zikrullah juga menjadi benteng yang teguh yang memelihara seseorang daripada tipu daya dan godaan syaitan.

5)Mengingati Allah adalah jalan kebahagiaan seseorang.
Orang yang beriman dan mereka yang tenang hati mereka dengan mengingati Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati-hati akan menjadi tenang”(Ar-Ra’du:28)

6) Kita perlu sentiasa mengingati Allah kerana ahli syurga tidak merasa kesal kecuali sesal itu di atas berlalunya masa dalam keadaan tidak mengingati Allah ketika di dunia.

7)Allah mengingati orang yang mengingati Allah..
Hendaklah kamu mengingatiKu,nescaya Aku akan ingat kepadamu dan hendaklah kamu bersyukur kepadaKu dan jangan kamu kufur di ats nikmatKu”(al-baqarah:152)
Buat tatapan
~~~~~~Sekiranya seseorang begitu gembira apabila seorang raja mengingatinya lalu memujinya di dalam majlisnya,bagaimana pula apabila Allah,yakni raja segala raja(almulk)menyebutnya dan mengingatinya bersama para malaikat???~~~~~FIKIRKANLAH!

8)Mengingati ALLAH bukan bermaksud menyebut nama Allah pada lidah,tapi hati lalai daripada Allah dan mentaatinya,tetapi MENGINGATI ALLAH pada lidah mesti disertai dengan memikirkan keagungan Allah dan kesannya dapat dilihat pada tindakan dan perbuatan.

9) Seseorang mesti sedar apa yang disebut lisannya.Hati dan lisan hendaklah sama-sama mengingati Allah supaya seseorang sentiasa berhubungan dengan Allah zahir dan batin.

Rujukan:Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah s.a.w
Diedit daripada: Zulkarnaian Dollah,PTS

No comments:

Post a Comment