Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Tuesday, November 8, 2011

Jika diberi kesempatan..

Bismillah..
Ya Allah aku benar-benar ingin mendekatiMu seluruh jiwa ragaku..
namun,hati ini semakin lama semakin tidak kuat,
semakin kotor,
semakin beku dengan darah-darah dosa yang mengalir,
semakin jauh dengan Mu ya Allah..
Diri ini sentiasa sahaja merungut dan tidak bersyukur dengan apa yang Kau kurniakan..
Namun,sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang KAU telah kurniakan..
Kurasakan semakin lama diri ini semakin jahil dengan ilmuMu yang Maha Luas,Ya Allah..

Aku ingin ke sana lagi..
Aku benar-benar merindui saat-saat berjihad dengan Al-Quran,
Terasa ingin berada dalam halaqah Al-Quran tersebut,
Jiwaku ketika itu benar-benar terasa sangat tenang,indah kerana pada masa itu hati ini sangat dekat mengingati kalamMu..
Setiap kali ingin mengingati kalamMu,ku tinggalkan nikmat-nikmat dunia seperti kurang tidur,kurang makan,dan yangku pasti niatku hanyalah untuk menggapai RedhaMU ya Rabb..wabtigho a'mardhotillah Ya Allah..Alhamdulillah,aku perolehinya..

Engkau hanya pinjamkan nikmat itu hanya seketika..Alhamdulillah Ya Allah..
Aku sentiasa berfikir dan berfikir..
Mengapa aku diuji begini sedangkan aku masih mahu menghafal kalamMu..
Sentiasa diri ini bertanya kepada ibu dan ayah..
Teringat dengan kata-kata sahabat yang dirindui dan dicintai kerana Allah,Hawa..
katanya " sahabatku,semakin kita nak mendekati Allah,semakin kita diuji oleh yang Maha menciptakan kita".
Namun jawapannya ialah "semua ini Allah dah ditetapkan,terimalah..Allah lebih Mengetahui akan segala-galanya"..

Selepas itu,ku diuji dengan berjihad di negeri orang untuk memiliki ilmu-ilmu ukhrawiMu..
walaupun sayu untuk meninggalkan keluarga di kampung nun jauh,
kugagahkan jua kaki ini..
ku teruskan perjuangan berjihad bersama-sama sahabat..
Pada masa ini,aku telah mengenali yang mana kawan,yang mana sahabat..
Sangat besar nikmat yangku terima itu..
Inilah Rahmat ilahi..

Aku merasa sangat sayang apabila bersama-sama sahabatku,merasa sangat indah hidup dalam jemaah..
tika salah seorang daripada kami sakit,ada masalah serta perlukan nasihat dan motivasi..
Sahabat-sahabat inilah yang banyak membantu..Terasa ukhuwwah yang dibina kerana Allah ini sangat indah,melangkaui hubungan adik-beradik..
Makan bersama-sama,ke kelas sama-sama.,ke surau,usrah bersama,syura sama-sama,study untuk exam sama-sama,buat nota juga bersama-sama,masak sama-sama,ke program bersama-sama dan banyak yang dilakukan secara berjemaah.Alhamdulillah..

Rindu saat-saat itu,Ya Allah..Rinduku pada sahabat..kokni yang paling banyak berjasa padaku,kak awe yang sentiasa sudi berkongsi idea-idea dan nasihat padaku,kiah yang suka membuatku tergelak dengan telatahnya,husna yang tak jenuh-jenuh membantuku tika kuperlukan pertolongan,adeq yang comel,kak mira yang banyak membantuku di dalam usrah,ana yang suka suki dan selalu ajak wat nota untuk exam sama-sama..subhanallah..teruskan perjuanganmu sahabat-sahabatku..
Namun,rahsia Allah yang menciptakan manusia dan alam ini..tiada siapa yang tahu..
Tak pernahku terfikir untuk meninggalkan tempat yangku cintai ini,
sudah suka dengan nikmat yang diterima,
buat kali keduanya pemberian pinjamanMu ditarik oleh Mu  Ya Allah..

Namun,insyaAllah..InsyaAllah Ya Allah..
ada hikmah yang terbaik untukku di sebalik apa yang terjadi ini..
Aku tahu bahawa apa yang telah Kau berikan ini..
adalah Ujian buat diriku untuk menguji imanku Ya Allah..
Sangat berat Ya Allah..
Seharusnya ku tidak bersedih dengan apa yang Kau berikan ini..
Aku akan selalu menjadikan ayat iaitu KalamMu ini sebagai penguat semangatku Ya Rabb..insyaAllah...
TERIMA KASIH YA ALLAH.


‎" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah:216) 

semoga tuhan sudi menganugerahkanku iman dan kekuatan kepadaku seperti iman para mukiminah solehah seperti sumayyah,asiah,aishah,khadijah dan srikandi-srikandi Islam..
Ku ingin hidup mulia seperti mereka..
Ku ingin menjadi Solehah,Cekal,tabah,sabar dengan segala ujian yang menimpa..
Kurniakanlahku kekuatan kepadaku Ya Allah..
supaya dapatku mengamalkan segala ilmu yang telah Kau berikan kepadaku dahulu..
supaya aku menjadi insan yang tidak melupakanMu..
Jauhilah diriku daripada kemurkaanMu,Ya Rabb..
Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku sepanjang hidupku sejak dilahirkan hingga sekarang..
Allhamdulillah. Ya Rabb..



No comments:

Post a Comment