Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Saturday, February 20, 2010

Sunnah Rasulullah s.a.w ketika makan.

>SUNNAH RASULULLAH KETIKA MAKAN

SALAM MUJAHADAH sahabat2 semua..

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD,WA 'ALA ALI MUHAMMAD 3x..
Sunnah sebelum dan ketika makan..
1) membaca bismillah
2) makan menggunakan tangan kanan
3) Mengambil makanan yang berhampiran dahulu
Nabi bersabda dalam di dalam hadis Rasulullah s.a.w :
''wahai budak!!hendaklah kamu membaca bismillah,makan dengan tangan kananmu dan
ambillah makanan yang berhampitan terlebih dahulu''..
4) Mengambil suapan yang terjatuh,menyapunya dan memakannya semula.
5) Makan dengan 3 jari..Adapun situasi sekarang di Malaysia dan pada hari ini,kita
memakan nasi,maka tidak mengapa jika menggunakan semua jari..Ini adalah sunnah
Rasulullah mengikut suasana dan keadaan semasa..Adapun nabi makan dengan 3 jari
kerana makanan baginda pada waktu itu ialah buah kurma yang boleh dipegang dengan
3 jari..Wallahu a'lam..
6) Duduk ketika makan.

Sunnah nabi SELEPAS s.a.w

1.Menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada pinggan dan jari.Rasulullah s.a.w menyuruh supaya menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada jari dan pinggan..
Sabda nabi " Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di manakan terdapatnya berkat pada makanan kamu"

2. Memuji Allah selepas makan..
Sabda nabi s.a.w " Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepadaku makanan ini dan mengurniakan aku rezeki yang bukan datangnya dari keupayaanku."

Wallahu a'lam..sebarkan
Takbir!!!!
ALLAHU AKBAR..WALILLAHIL HAMD