Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Wednesday, February 24, 2010

sElAmAt PeNgAnTiN BarU(26/2/10)

 
Hamba Allah yang DikasIHi dan DimuLIakaN



SALAM UKHUWWAH SELUAS MAHABBAH..
Assalamualaikum w.b.t..
Bingkisan sajak ni ana  tujukan kepada Rasulullah s.a.w..Ya Rasulullah!Aku rindu untuk bertemu denganMu..Kau ubatilah rinduku kepadamu ini dengan alunan selawat ke atasmu Ya Rasulullah..Aku sangat-sangat dahagakan untuk bertemu denganmu..InsyaALLAH,engkau sentiasa di hatiku duhai kekasih hati Al-KHALIQ..Sesungguhnya Engkau sangat sabar dan tabah dalam menempuh onak-onak duri dalam perjuanganMu untuk menegakkan kalimah TOIYYIBAH-la Ilaha Illallah,Muhammad Rasulullah s.a.w
Bingkisan ni juga ana hadiahkan kepada abang ana yang bakal bertemu jodohnya dengan bakal kakak ipar, pada 26hb Februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431h di Johor Darul Ta’zim(Hari MAULIDUR RASUL)…
Buat pasangan ini yang bakal bergelar  raja sehari.. iaitu Abang Chikku,Abang Abdullah (Hamba Allah Bintang Agama) dan Kak Cha ,Tie hadiahkan bakal raja sehari  dengan bingkisan sajak oleh Usman Awang ni..Bingkisan ni bertajuk ….
Cahaya Dari Kaabah

Tuhan Maha Besar
Demi ujud-Mu
Dan kudrat-Mu
Kau kirimkan seorang Pesuruh
Membawa ajaran mulia dan terhormat
Untuk umat manusia.

Hari keramat 12 Rabi'ul-awal tahun Gajah
Terpancar sinar dari Kaabah
Segala pohon terdiam kaku
Bukit-bukau sejuk nyaman
Padang pasir berbisik-bisik
Jabal Qabais menatap kasih
Aminah, perempuan suci Bani Quraisy
Melahirkan seorang putera luarbiasa
Ialah junjungan kita,
MUHAMMAD!


Buat Abang Loh dan Kak Cha,Ti sayang pada antuma dua sepertimana tie menyayangi keluarga  kita..Semoga abang Loh dan Kak ipar dapat menjadikan nabi s.a.w sebagai contoh ketua keluarga terbaik..Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sangat menyayangi isteri-isterinya serta adil dan bijaksana dalam setiap tindakan baginda.
Buat Abangku dan kak ipar,SELAMAT PENGANTIN BARU..Semoga hari-hari antuma dilalui dengan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan terbaik.Nabi s.a.w adalah Uswatun Hasanah(keluarga contoh)..Semoga pasangan raja sehari ini akan berkekalan hingga ke anak cucu,InsyaAllah..Tie sayang pada semua ahli keluarga tie..hehe
Sebelum mengakhiri kalam buat seluruh ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku..Jomlah kita sama-sama menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan kita yang teratas..The best Ranking..huhu!InsyaAllah..Buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul karangan oleh Fatimah Syarha juga boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang bakal bergelar pengantin untuk menjadikan Rasulullah sebagai Usratun Hasanah..InsyaAllah..
Akhir kata,sebelum tie beredar,tie tinggalkan abang loh dan kak ipar dengan sebuah cerita dari seorang blogger..hehe!Jom bacer!!..


http://3.bp.blogspot.com/_qW94r4BgTc8/SlR-P-jVTaI/AAAAAAAAAMM/M_uTlQVwKW4/s400/rumahtangga.jpg


Saudara-saudara kaum muslimin rahimakumullah,
Khutbah Jumaat minggu lepas telah membicarakan tentang kemurniaan akhlak serta ketinggian keperibadian Rasulullah s.a.w sehingga baginda berjaya menarik ramai manusia memeluk agama Islam. Dan ia antara rahsia dan kunci kejayaan dakwah baginda s.a.w.

Khutbah Jumaat kali ini pula akan membicarakan tentang akhlak serta cara pergaulan Rasulullah s.a.w bersama ahli keluarganya. Akhlak yang mulia yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap keluarganya perlu kita contohi. Kerana sebuah masyarakat Islam cemerlang yang bercirikan moral dan sifat kerohanian yang utuh tidak akan berlaku jika sistem kekeluargaan tidak kukuh. Rasulullah telah menunjukan sendiri bagaimana untuk mengukuhkan sistem kekeluargaan. Semoga dengan demikian, kita akan dapat mencontohi baginda, dan berjaya membina keluarga bahagia.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi:

Yang maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.

Dalam sebuah hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata:

Yang maksudnya: Rasulullah s.a.w itu adalah seorang manusia, baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.

Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a.:

Yang maksudnya: Rasulullah s.a.w menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatunya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hadith-hadith yang saya bacakan tadi cukup jelas menggambarkan keperibadian Rasulullah s.a.w ketika bersama dengan ahli keluarganya.

Pertama sekali, baginda tidak memerintahkan isteri atau khadamnya melakukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan sendiri. Malah, baginda membantu isterinya dalam menguruskan rumahtangganya. Baginda faham akan maksud ketua rumatangga yang sebenar. Baginda menunjukkan contoh. Baginda membantu dalam urusan rumahtangga. Baginda mendidik anak dan isteri dengan penuh kemesraan dan kebijaksanaan..

Saudara-saudara sidang Jumaat yang di rahmati Allah sekelian,
Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kewujudan Rasulullah s.a.w bukan setakat untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, kewujudan baginda di rumahnya adalah juga untuk membantu isterinya menguruskan rumah tersebut. Ini baginda lakukan walaupun baginda mempunyai banyak tugas di luar rumah.

Baginda adalah seorang pendakwah, guru, imam solat, ketua negara, kaunselor, panglima perang dan berbagai lagi tugas. Tetapi kesibukan di luar tidak menghalang baginda dari membantu isterinya dalam menguruskan rumahtangganya. Begitu juga, pangkat dan keududukan baginda sebagai ketua umat Islam, ketua negara dan penghulu segala nabi dan rasul, tidak menyebabkan baginda rasa malu untuk membuat kerja-kerja rumah. Kepenatan akibat urusan yang banyak di luar rumah tidak juga menghalang baginda dari membantu tugas-tugas di rumah.

Inilah dia sikap seorang ketua. Ketua di luar rumah, dan ketua di dalam rumah. Baginda Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa bukanlah seorang ketua rumahtangga atau ketua sebuah kaum, yang tugasnya hanya memerintah sahaja. Tetapi seorang ketua adalah orang yang berkhidmat untuk orang lain. Dan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami:

Yang bermaksud: Ketua sebuah kaum adalah yang sentiasa berkhidmat untuk mereka.

Saudara-saudara kaum muslimin rahimakumullah,
Sebahagian dari umat Islam mempunyai salah tanggap bahawa adalah tugas isteri untuk menguruskan rumahtangga. Dan tugas suami adalah mencari nafkah sahaja, tanpa perlu menghiraukan urusan rumahtangga.

Tanggapan sedemikian tidak bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Memanglah tugas utama isteri adalah menguruskan rumahnya, suaminya dan anaknya. Tetapi ini tidak bermakna si suami tidak perlu membantunya.

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada kita, bahawa walaupun baginda begitu sibuk dengan urusan di luar rumah, walaupun baginda mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan paling tinggi di kalangan manusia, baginda tetap meringankan tangan membantu isterinya.

Kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidaklah seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita dari membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w dalam membantu isterinya di rumah, menunjukkan kepada kita salah satu cara membina keluarga bahagia. Dengan membantu isteri di rumah, perasaan cinta dan sayang isteri tersebut kepada suaminya semakin bertambah. Begitu juga perasaan hormat kepada suami akan meningkat. Suami boleh membantu isteri dalam urusan-urusan ringan seperti membersihkan rumah, mengemas katil, menjemur kain, mencuci lantai, membeli barang dapur dan sebagainya.

Tugas-tugas seperti itu tidak mengurangkan sedikitpun kelakiannya atau martabatnya sebagai ketua rumahtangga. Bahkan, ia menunjukkan bahawa dia faham tentang konsep ketua rumahtangga. Hanya orang-orang yang tidak tahu mengenai cara Rasulullah s.a.w melayani keluarganya sahaja yang menganggap perbuatan seperti itu tidak tepat dengan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, setiap pasangan suami dan isteri perlu tahu tugas utama masing-masing. Tugas utama isteri adalah menguruskan rumahtangga, dan tugas utama suami adalah mencari nafkah bagi keluarga.

Marilah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan oleh Allah s.w.t bukan sahaja untuk membawa risalah Islam, tetapi baginda juga berperanan menjadi contoh bagi umat Islam dan manusia secara umum. Semgoa dengan mencontohi baginda, kita akan menjadi masyarakat yang cemerlang, yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah s.w.t, dan banyak mengingatinya. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 21:

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.


Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
18 March 2005 / 7 Safar 1426
Rasulullah Sebagai Ketua Rumahtangga

No comments:

Post a Comment