Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Sunday, April 24, 2011

hadirlah CINTA


Salamun alaik..
Salamku kirimkan kepadamu Ya Rasulullah
Ya Habiballah..
Ya Syafiullah..

Subhanallah..
Dek kerana kesibukan berpraktikum..
mendidik anak bangsa..
ke arah mengenal yang ESA..
ku terasa makin jauh untuk mendekatiMU

Subhanallah,
Ya Allah..
Terasa diri ini terlalu jauh daripadaMU..
Berat di bibir untuk mengalunkan Kalimah alunan zikrullah..
Memuji kebesaranMu,
Menghadiahkan selawat kepada RasulMu..
Mungkin kerana hati terlalu memikirkan hal dan fitnah dunia ..
Sehingga cinta kepadaMU dilupakan..
semakin jauh hati ini..

Ya Allah..
Kau dekatkanlah kembali hati-hati kami supaya terpaut cinta dan keimanan kami kepadaMu lagi..

Ku merindui saat-saat indah itu..Ya Allah
ketika diri sudah mula jatuh cinta padaMU..
Dapat dirasai nikmat kemanisan itu..
Telah ku lalui kebahagiaan itu...
Tidak difikirkan hal-hal remeh dunia..
melainkan mengingatiMU setiap masa dan setiap detik..
mengingati kebesaran dan keagunganMU..
Hadirkanlah dan campakkanlah ia ke dalam hatiku perasaan itu lagi YA ALLAH..

KU RINDUKAN KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ITU..
merinduiMu Ya Rabb,Mencintaimu Ya Rasulullah..

سبحان الله الحمدلله الله أكبر لاحول ولا قوة إلا بالله
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد