Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Saturday, February 19, 2011

Something special from my parent




Bismillahirrahmanirrahim...... 
Allahumma solli ala Muhammad,wa ala ali Muhammad….



Subhanallah,Maha suci Allah,rupa-rupanya,bila dihitung hari, “handset sony ericson w200i”sudah bersamaku sudah  hampir 4 tahun yang lalu.Ia berkhidmat  untukku sama ada di kala siang dan malam hari sepanjang 4 tahun ini.Handset inilah yang menjadi loceng penggera pada waktu pagi dalam mengejutkan aku solat subuh seterusnya ke kuliah.Ia jugalah yang menghubungkan aku dengan ibu bapa dan keluargaku di kampung serta berhubungan dengan sahabat-sahabat dalam  urusan kerja dan lain-lain.

Daku masih ingat lagi handset ini adalah pemberian ayah dan emak kepadaku.Handset ini kami belikan pada bulan 6 setelahku  ingin pulang ke Institut Pengajian di dalam negara ini. Kami membelinya di Bandar Kuantan,pada jam 6 petang selepas berakhirnya  cuti sekolahku .Ayah,emak,serta abangku bersama-sama diriku memilih handset itu.Kami sepakat membeli handset yang berwarna hitam.Kami hanya membelinya dengan harga RM330.Antara fungsinya ialah terdapatnya radio,walkman,kamera serta infrared..Handset ini  hanya biasa sahaja di pandangan orang lain,naumun ianya sangat memberi erti yang mendalam kepadaku,Ya Allah Ya Rabb..

Ya Allah Ya Tuhanku,betapa sukanya dan gembiranya hatiku disaat itu…Aku mula mempunyai handset sendiri sejak berusia 20 tahun ini…Ya Allah Ya Tuhanku,bangganya diriku telah mempunyai handset sendiri,kerana sebelum ini aku hanya menggunakan handset ayah dan abang-abangku untuk berhubung dengan kawan-kawanku.

Banyak juga kenangan-kenanganku bersama handset ini.Contohnya,semasa diriku ditaklifkan memegang amanah sebagai AJK Lajnah Usrah di Institut,dialah yang membantuku berhubung dengan ketuaku serta sahabat-sahabatku,ustaz-ustazku,mad’uku dan lain-lain.Dialah penyelesai kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh diriku dan mad’u-mad’uku Ya Allah..Maha Suci Engkau menghadiahkan nikmat handset ini kepadaku..

Alhamdulillah,daku  cuba menggunakannya sedaya upaya mungkin untuk memanfaatkan handset ini.
Aku sedaya mungkin menggunakannya ke arah ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR”.
Aku hanya bermesej dengan sahabat-sahabat lelaki apabila perlu..
Aku menggunakannya untuk menelefon ibubapa dan keluargaku serta sahabat-sahabat karibku.
Aku juga cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mad’u-mad’uku apabila perlu..
Aku cuba berukhwah dengan sahabat-sahabat melalui handset ini dengan menghantar mesej kata-kata mutiara hikmah untuk merapatkan lagi ukhwah sesama kami.
Bak kata orang “nak berdakwah,tak semestinya hanya dengan ceramah,namun handset juga merupakan salah satu media dakwah”.

Namun,segalanya telah berakhir pada hari ini Ya Alllah.Pada hari Isnin  yang lalu,bersamaan 11 rabiul awal handsetku telahpun hilang dari sudut pandangan mataku.Selepasku sedari ianya telah hilang,ku pergi ke salah satu pasaraya yangku kunjungi tadi..Apabila ku mencarinya di bahagian-bahagian yang kulalui,namun tiadaku lihat kelibat handsetku..Ya Allah,gelisah benar rasa hatiku..Ku sempat berpesan kepada cashier di pasaraya itu “kalau ada terjumpa dengan handset sony,tolong bagitahu saya ye,di nombor telefon rumah saya iaitu 08-8595966(sekadar rekaan).

Hatiku gelisah dan agak terkesima buat seketika.tatkala mengenangkan alat perhubungan dan komunikasiku yang sangat bermakna dalam hidupku hilang tatkala kecuaianku semasa sedang membeli hadiah untuk adikku sempena mendapat duit elaun pada semester ini..

Namun,ku tidak pentingkan handset itu secara zahirnya ,yang aku fikirkan ialah apa yang terkandung di dalamnya,Ya Rahman Ya Rahim.Dek teragak kesal kerana handsetku tak kelihatan,ku mengajak emakku untuk solat asar di masjid berdekatan kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.40 petang.Asar pun sudah lame.Setelah bersolat,ku berdoa kepada Allah Taala yang berbunyi:
Ya Allah Ya Tuhanku!
Bantulah hambaMu ini!
Tenagkanlah hati hambaMu ini menerimanya walaupun teragak masam dan pahit menerimanya!
Semoga gambar-gambar serta video-video yang terkandung di dalamnya tidak membuka aib dan menjadi fitnah kepada diriku sebagai seorang muslimah di muka bumi ini,Ya Allah…
Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rabbul Izzati,Sekiranya ada insan di muka bumi ini menjumpainya,Kau berikanlah hidayahMU kepadanya!

Ini kerana handset ini terlalu penting dan sangat berharga di dalam hidupku..Adanya bacaan Al-Quran daripada Syeikh Masyari sebanyak 30 juzuk,lagu-lagu nasyid yang selalu memberi motivasi di kalaku terasa sedih,gembira ,down dan lain-lain.Ia juga membuatkanku teringat dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH,zikir-zikir kepada Allah serta qasidah dan selawat ke atas nabiMu, Muhammad s.a.w.

Hari-hariku lalui dengan baik walaupun kehilangan handset yang menjadi peneman di kala kesunyian..Lagu-lagu yang terdapat di dalamnya telah dapat mengingatkanku kepada Allah Taala,Alhamdulillah..Ia menjadikanku lebih bersyukur kepada Allah Taala….Allah mahukan hambaNya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang diberiNya.

Sehinggalah pada hari khamis,14 Rabiul awal,ayah bertanya padaku.
Ayah   : adakah kamu nak ayah belikan satu handset pada kamu?’
Ku        : “tak perlu lagilah”,duit tiada lagi”
Ayah   : Kalau ayah belikan handset second hand,semua yang ada pada handset kamu  seperti sebelum ni,akan kamu perolehnya lagi sekiranya ayah belikan handset padamu.
Ku        :Boleh aje,ayah..yang penting murah saja.hehe(ku terenyum manja)

Pada 15 rabiul awal,pada jam 5 petang,sewaktu keluar makan di restoran bersama
keluarga,ayah bertanya sekali lagi padaku adakah handset itu sangat bermakna buatku?Ku
menjawab”,ye ayah,ia sangat-sangat bermakna,penting dalamhidup anakmu ini” sambil
menahan sebak memikirkan apa yang terkandung dan berharga di dalam handset tersebut
walaupun function di dalamnya tidaklah seberapa baik berbanding dengan handset-handset
mahal yang lain.

Kemudian,kami sekeluarga iaitu emak,ayah dan aku menaiki kereta menuju pulang ke rumah.Namun,pada kali ini,ayah tidak melalui jalan biasa seperti hari-hari kebiasaanKali ini,ayah dan emak berkata padaku “anakku,xperlu beli lagilah handset baru ye,mane tau ada orang jumpa,ade rezeki handset itu akan dipulangkan padamu”
Jiwaku terdiam seketika.Aku sudah tidak memikirkan tentang handset tersebut namun mereka mungkin tahu aku terasa kesunyian tanpa handset itu.Justeru,ayah pun memberhentikan kereta di hadapan pasaraya yang aku ziarah sebelum ini.Ayah menyuruhku bertanya kepada cashier di situ sama ada  pernahkah di kalangan pekerja-pekerja di pasaraya ini terjumpa dengan handsetku?Ku tertanya-tanya,masihkah rezekiku masih di tanganku Ya Allah?Selepas itu,salah seorang pekerjanya memberitahu bahawa hansdsetku telah pun ditemui.



Alhamdulillah,aku terkejut dan terkesima kerana handset yang sudah tidak berada di tanganku selama 5 hari telahku temui…Syukur yang tidak terhingga kuucapkan kepada Allah Taala kerana kerisauanku kepada sebarang kemungkinan yang berlaku telah diselesaikan oleh Allah Taala..Doaku kepada ALLAH Taala telah pun dimakbulkan..

Syukurku ke hadratMu Ya Allah kerana ujian yang agak besar ini berjaya ku harungi dengan jayanya..Syukurku dan terima kasihku ucapkan kepada Allah Taala,kepada emak dan ayahku serta semua yang membantuku sepanjang perjalanan hidup ini..