Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Sunday, February 13, 2011

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN NURUL IFFAH



اعوذب الله من الشيطان الجيم....
بسم االله الرحمن الرحيم.....
اللههم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين...
اللهم رب اغفرلي واولدي وارحمحما كما ربياني ضغيرا
ربنا هب لنا من أزوجنا وذريتنا قرة اعين وجعلنا للمتقين اماما....
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار.........

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Alhamdulillah,pada kali ini iaitu pada saiyidul ayyam ini,Allah Taala masih memberikan kekuatan kepada insan yang kerdil lagi hina ini untuk menulis pengisian dalam blog ini..Walaupun hanya sedikit sahaja pengisiannya,namun ambillah ia kiranya member manfaat kepada antum semua..Barakallahu lakum
Sebelum itu,yup kita sama-sama beristigfar,berselawat dan perbaharui syahadah kita ye sahabat-sahabat..

سبحان الله والحمدلله ولا اله الا الله والله اكبر ولاحولولاقوة الا بالله العلي العظيم......................
أستغفرالله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم وأتوب اليه..................
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد.............
اشهد أن لا اله الا الله وأشهد أن محمدا رسول الله......

Syukran semua kerana kita sama2 telah berzikir mengingati pencipta kita yang maha agung iaitu الله عزوجل....
sempena 8 Rabiulawal 1432 hijrah ini,ana ingin mengambil kesempatan ini berkongsi menceritakan  sebuah kisah yang mana ana telah diceritakan oleh seorang sahabat yang akrab mengenai kehidupannya yang penuh  berwarna-warni setelah dia meletakkan dirinya untuk menggapai redha ilahi..Allahu Akbar..
Nama sahabat karib ana ini ialah NURUL IFFAH BINTI MARDHOTILLAH..saya lebih senang memanggilnya dengan panggilan manjanya iaitu Iffah..bak kata orang,panggilan sebagai iffah ini lebih mesra..Tambahan pula,maksud Iffah itu ialah mulia..

Iffah dilahirkan di Bario,Sarawak dan hidup bersama dengan ayah,emak serta 5 orang lagi adik beradiknya yang tercinta di sebuah kampung di sarawak.Mereka semuanya lelaki kecuali Iffah dan adiknya seorang sahaja adalah perempuan di dalam keluarganya..Iffah berjiwa kental dan sukar berputus asa dalam menangani masalahnya.Dia juga seorang yang amat berdikari dan sedaya upaya berusaha untuk tidak menyusahkan keluarnya dalam berhadapan dengan sebarang masalahnya.

Ceritanya bermula begini,dia telah mendapat 6A 3B di dalam PMR..Dia bercita-cita untuk menjadi seorang hafizah al-Quran yang mana dia sangat berharap agar dapat membantu 7 keturunannya di akhirat kelak sekiranya dapat mengingati 30 juzuk yang ingin dihafal serta menjaga batas-batas akhlak mengikut landasan quran dan sunnah.Di samping itu,dia bercita-cita besar supaya Allah Taala akan meredhakan kehidupannya di dunia ini..Sama-samalah kita berdoa agar usaha murninya akan dinilai Allah Taala di akhirat kelak..Dia minat menghafaz Al-quran semenjak kecil lagi kerana Iffah menjadikan sepupu lelakinya sebagai contoh terbaik dalam menjadi seorang al-hafiz..

Banyak juga tawaran belajar ke sekolah lain telah beliau korbankan semata-mata untuk ke maahad tahfiz yang terdapat di negeri Sabah satu-satunya..Subhanallah,beliau sanggup berpindah dari sekolah yang baru didudukinya hanya selama seminggu ke maahad tahfiz itu.Dalam kedemaman selama  seminggu di sekolah itu,dia telahpun Berjaya mengharunginya dan hikmah .Pelbagai kebahagiaan yang diperolehnya..antaranya,dalam kedemaman,dia telah dijaga oleh sahabat-sahabat yang baru saja dikenalinya..Subhanallah,ukhwah terbina dengan eratnya..Dalam kedemaman ini,dia telah melakukan istiqarah supaya keputusan yang dilakukannya ke maahad tahfiz itu merupakan pilihan dari Allah Taala. Yup kita sama-sama berdoa semoga sahabat ana ini dikurniakan keredhaan Allah dalam menggapai dan menghafaz kalamnya yang mulia.

Ketika Iffah mendaftarkan diri di sekolah ini,ibu bapanya tiada di sisinya..subhanallah,ibu bapanya telah meninggalkannya dan adik beradiknya selama sebulan untuk menunaikan ibadat haji di makkatul mukarramah..Iffah juga sempat berpesan kepada ibu bapanya supaya mendoakannya mendapat sekolah yang terbaik selepas PMR ini..yang mana alam selepas PMR inilah telah menentukan masa depannya pada masa sekarang..Ya Allah,Maha suci engkau telah memberikan yang tepat kepada Nurul Iffah binti Mardhotillah ini.

Bersambung…..