Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

Penghargaan buatmu sahabat : Bainun berselawat


Rinduku kepadamu ya Rasulullah




sahabat-sahabatku,
Yang dirindui dan dicintai kerana Allah,
terima kasih yang tak terhingga kuucapkan kepada kalian semua,
kerana kalian merupakan sumber inspirasaiku,
Kalian jualah yang mematangkan hidupku.
kalian jugalah guru kepada diri ini,
Kalian juga wasilah yang mengenalkan diri ini dengan cinta ALLAH  dan cinta RASULULLAH..

Ujian datang bertalu-talu,
supaya keimanan kita kepada Allah makin bertambah,
Supaya bibir kita lebih mudah mengeluarkan kalam ZIKRULLAH kepadanya,

سبحان الله
والحمدلله
 ولا اله الا الله
والله اكبر 

ولاحولولاقوة الا بالله العلي العظيم


ya ALLAH ya Tuhanku,
sebelum kami mendapat cinta makhluk yakni cinta dunia,
kau lindungilah kami,bimbinglah kami Ya Allah,  
untuk mendapat cinta sejati cinta hakiki, 
yakni  mencintai nabiMu MUHAMMAD melebihi cinta segalanya. 
melebihi cinta lelaki dan perempuan,
melebihi cintakan ibu bapa dan keluarga,
melebihi cintakan harta dan pangkat ,
serta melebihi apa-apa yang ada di dunia yang penuh fatamorgana ini.



 Sesungguhnya hamba-hambamu ini sangat sayang, 
dan merindui untuk bertemu dengan kekasih hatimu
Ya Muhammad,
Ya Rasulullah, 
Ya Habibullah,
Ya Mustopha
Ya Allah Ya Rabbal Alamin.

اللهم صل على محمد وعلى ال محمد


Ya Allah Ya Tuhanku,
semoga kau mengurniakan kami nikmat kemanisan hidup,
nikmat kebahagiaan hidup,
dalam nikmat halawatul ISLAM,IMAN & IHSANMU..
Amin Ya Rabbal Alamin..
Terima kasih Ya Allah.


Muhammad s.a.w sentiasa di hati,insyaALLAH

Kasih sayangNYA lebih luas dari kemurkaanNya..


سبحان الله والحمدلله ولا اله الا الله والله اكبر ولاحولولاقوة الا بالله العلي العظيم.
أستغفرالله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم وأتوب اليه.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد.
اشهد أن لا اله الا الله وأشهد أن محمدا رسول الله.


Sahabatku,
Kalau dilihat dan dikaji pada surah al-nisa',surah ke-4,juz ke 5 (ayat ke-79)

apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah,dan apa saja bencana yang menimpamu,maka dari(kesalahan) dirimu sendiri. Kami  mengutuskanmu menjadi Rasul kepada segenap manuisia . Dan cukuplah Allah menjadi saksi...





Apa yang baik bukannya datang dari kita,tapi DIA yang kurniakan..
DIALAH pencipta dan penguasa hati-hati kita..
DIALAH yang mentadbir hati-hati kita yang lemah dan jiwa yang manja dengan segala kenikmatan dunia..
Segala yang buruk,lemah datangnya daripada diri kita yang lemah yang tidak berusaha untuk membiakinya..
TETAPI sahabatku,
hakikatnya,kedua-duanya datangnya daripada  kurniaan Allah Taala kepada kita,untuk kita merasai nikmat KEMANISAN IMAN..
rahmat HALAWATUL ISLAM,IMAN & IHSAN..
oleh itu,same2 lah kita berakhlak mulia,mengikut akhlak Rasulullah s.a.w..amin

Duhai insan,
Duhai jiwa,
Duhai qalbi,
Didiklah,pupuklah nafsumu, 
hiaskanlah dirimu,
dengan akhlak yang MULIA..
SABAR,REDHA,SYUKUR,AMANAH,CEKAL dan banyak lagi...
Ini adalah sifat-sifat yang ditunjukkan oleh nabi kita ..MUHAMMAD S.A.W.

Ya Nabi salamun alaik,
Ya habibi salamun alaik..
Lembutkan serta basahkanlah lidahmu,
untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w

Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad...
Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad..
Allahumma solli Ala Muhammad..


Akhlak yang mulia,
sangat disukai oleh kawan dan lawan..
ianya ibarat bunga yang mekar,cantik dan wangi..
BIla melihatnya dan memandangnya,mata kita menjadi tenang,
jiwa pula menjadi lapang serta sentiasa mengingatkan kita kepada pencipta kita..iaitu Ya Rabb "ALLAH TAALA"

  • Jomlah kita MENDIDIK nafsu dan akhlak kita ke arahnya..
  • Yup same2 berakhlak mulia ye sahabat2 semua..
  • Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu Akbar,La ilaha Illallah...

Allahumma solli ala Muhammad,Ya RASULULLAH!!!

 TAKBIR!!!
ALLAHU AKBAR,WALILLAHIL HAMD..

- www.itairus88.blogspot.com -




Saturday, February 19, 2011

Something special from my parent




Bismillahirrahmanirrahim...... 
Allahumma solli ala Muhammad,wa ala ali Muhammad….



Subhanallah,Maha suci Allah,rupa-rupanya,bila dihitung hari, “handset sony ericson w200i”sudah bersamaku sudah  hampir 4 tahun yang lalu.Ia berkhidmat  untukku sama ada di kala siang dan malam hari sepanjang 4 tahun ini.Handset inilah yang menjadi loceng penggera pada waktu pagi dalam mengejutkan aku solat subuh seterusnya ke kuliah.Ia jugalah yang menghubungkan aku dengan ibu bapa dan keluargaku di kampung serta berhubungan dengan sahabat-sahabat dalam  urusan kerja dan lain-lain.

Daku masih ingat lagi handset ini adalah pemberian ayah dan emak kepadaku.Handset ini kami belikan pada bulan 6 setelahku  ingin pulang ke Institut Pengajian di dalam negara ini. Kami membelinya di Bandar Kuantan,pada jam 6 petang selepas berakhirnya  cuti sekolahku .Ayah,emak,serta abangku bersama-sama diriku memilih handset itu.Kami sepakat membeli handset yang berwarna hitam.Kami hanya membelinya dengan harga RM330.Antara fungsinya ialah terdapatnya radio,walkman,kamera serta infrared..Handset ini  hanya biasa sahaja di pandangan orang lain,naumun ianya sangat memberi erti yang mendalam kepadaku,Ya Allah Ya Rabb..

Ya Allah Ya Tuhanku,betapa sukanya dan gembiranya hatiku disaat itu…Aku mula mempunyai handset sendiri sejak berusia 20 tahun ini…Ya Allah Ya Tuhanku,bangganya diriku telah mempunyai handset sendiri,kerana sebelum ini aku hanya menggunakan handset ayah dan abang-abangku untuk berhubung dengan kawan-kawanku.

Banyak juga kenangan-kenanganku bersama handset ini.Contohnya,semasa diriku ditaklifkan memegang amanah sebagai AJK Lajnah Usrah di Institut,dialah yang membantuku berhubung dengan ketuaku serta sahabat-sahabatku,ustaz-ustazku,mad’uku dan lain-lain.Dialah penyelesai kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh diriku dan mad’u-mad’uku Ya Allah..Maha Suci Engkau menghadiahkan nikmat handset ini kepadaku..

Alhamdulillah,daku  cuba menggunakannya sedaya upaya mungkin untuk memanfaatkan handset ini.
Aku sedaya mungkin menggunakannya ke arah ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR”.
Aku hanya bermesej dengan sahabat-sahabat lelaki apabila perlu..
Aku menggunakannya untuk menelefon ibubapa dan keluargaku serta sahabat-sahabat karibku.
Aku juga cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mad’u-mad’uku apabila perlu..
Aku cuba berukhwah dengan sahabat-sahabat melalui handset ini dengan menghantar mesej kata-kata mutiara hikmah untuk merapatkan lagi ukhwah sesama kami.
Bak kata orang “nak berdakwah,tak semestinya hanya dengan ceramah,namun handset juga merupakan salah satu media dakwah”.

Namun,segalanya telah berakhir pada hari ini Ya Alllah.Pada hari Isnin  yang lalu,bersamaan 11 rabiul awal handsetku telahpun hilang dari sudut pandangan mataku.Selepasku sedari ianya telah hilang,ku pergi ke salah satu pasaraya yangku kunjungi tadi..Apabila ku mencarinya di bahagian-bahagian yang kulalui,namun tiadaku lihat kelibat handsetku..Ya Allah,gelisah benar rasa hatiku..Ku sempat berpesan kepada cashier di pasaraya itu “kalau ada terjumpa dengan handset sony,tolong bagitahu saya ye,di nombor telefon rumah saya iaitu 08-8595966(sekadar rekaan).

Hatiku gelisah dan agak terkesima buat seketika.tatkala mengenangkan alat perhubungan dan komunikasiku yang sangat bermakna dalam hidupku hilang tatkala kecuaianku semasa sedang membeli hadiah untuk adikku sempena mendapat duit elaun pada semester ini..

Namun,ku tidak pentingkan handset itu secara zahirnya ,yang aku fikirkan ialah apa yang terkandung di dalamnya,Ya Rahman Ya Rahim.Dek teragak kesal kerana handsetku tak kelihatan,ku mengajak emakku untuk solat asar di masjid berdekatan kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.40 petang.Asar pun sudah lame.Setelah bersolat,ku berdoa kepada Allah Taala yang berbunyi:
Ya Allah Ya Tuhanku!
Bantulah hambaMu ini!
Tenagkanlah hati hambaMu ini menerimanya walaupun teragak masam dan pahit menerimanya!
Semoga gambar-gambar serta video-video yang terkandung di dalamnya tidak membuka aib dan menjadi fitnah kepada diriku sebagai seorang muslimah di muka bumi ini,Ya Allah…
Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rabbul Izzati,Sekiranya ada insan di muka bumi ini menjumpainya,Kau berikanlah hidayahMU kepadanya!

Ini kerana handset ini terlalu penting dan sangat berharga di dalam hidupku..Adanya bacaan Al-Quran daripada Syeikh Masyari sebanyak 30 juzuk,lagu-lagu nasyid yang selalu memberi motivasi di kalaku terasa sedih,gembira ,down dan lain-lain.Ia juga membuatkanku teringat dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH,zikir-zikir kepada Allah serta qasidah dan selawat ke atas nabiMu, Muhammad s.a.w.

Hari-hariku lalui dengan baik walaupun kehilangan handset yang menjadi peneman di kala kesunyian..Lagu-lagu yang terdapat di dalamnya telah dapat mengingatkanku kepada Allah Taala,Alhamdulillah..Ia menjadikanku lebih bersyukur kepada Allah Taala….Allah mahukan hambaNya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang diberiNya.

Sehinggalah pada hari khamis,14 Rabiul awal,ayah bertanya padaku.
Ayah   : adakah kamu nak ayah belikan satu handset pada kamu?’
Ku        : “tak perlu lagilah”,duit tiada lagi”
Ayah   : Kalau ayah belikan handset second hand,semua yang ada pada handset kamu  seperti sebelum ni,akan kamu perolehnya lagi sekiranya ayah belikan handset padamu.
Ku        :Boleh aje,ayah..yang penting murah saja.hehe(ku terenyum manja)

Pada 15 rabiul awal,pada jam 5 petang,sewaktu keluar makan di restoran bersama
keluarga,ayah bertanya sekali lagi padaku adakah handset itu sangat bermakna buatku?Ku
menjawab”,ye ayah,ia sangat-sangat bermakna,penting dalamhidup anakmu ini” sambil
menahan sebak memikirkan apa yang terkandung dan berharga di dalam handset tersebut
walaupun function di dalamnya tidaklah seberapa baik berbanding dengan handset-handset
mahal yang lain.

Kemudian,kami sekeluarga iaitu emak,ayah dan aku menaiki kereta menuju pulang ke rumah.Namun,pada kali ini,ayah tidak melalui jalan biasa seperti hari-hari kebiasaanKali ini,ayah dan emak berkata padaku “anakku,xperlu beli lagilah handset baru ye,mane tau ada orang jumpa,ade rezeki handset itu akan dipulangkan padamu”
Jiwaku terdiam seketika.Aku sudah tidak memikirkan tentang handset tersebut namun mereka mungkin tahu aku terasa kesunyian tanpa handset itu.Justeru,ayah pun memberhentikan kereta di hadapan pasaraya yang aku ziarah sebelum ini.Ayah menyuruhku bertanya kepada cashier di situ sama ada  pernahkah di kalangan pekerja-pekerja di pasaraya ini terjumpa dengan handsetku?Ku tertanya-tanya,masihkah rezekiku masih di tanganku Ya Allah?Selepas itu,salah seorang pekerjanya memberitahu bahawa hansdsetku telah pun ditemui.



Alhamdulillah,aku terkejut dan terkesima kerana handset yang sudah tidak berada di tanganku selama 5 hari telahku temui…Syukur yang tidak terhingga kuucapkan kepada Allah Taala kerana kerisauanku kepada sebarang kemungkinan yang berlaku telah diselesaikan oleh Allah Taala..Doaku kepada ALLAH Taala telah pun dimakbulkan..

Syukurku ke hadratMu Ya Allah kerana ujian yang agak besar ini berjaya ku harungi dengan jayanya..Syukurku dan terima kasihku ucapkan kepada Allah Taala,kepada emak dan ayahku serta semua yang membantuku sepanjang perjalanan hidup ini..

Thursday, February 17, 2011

HIDAYAH - HIJJAZ



yA Allah Tuhan YANG MAHA PERKASA..
pimpimlah hati-hati kami untuk sentiasa berada dalam hidayahMu..
kami serahkan segala jiwa raga kami kepadaMu Ya Allah..
Maka,ENGKAU pimpinlah hati-hati kami supaya kami senatiasa menegakkan kalimahmu di muka bumi ini..
Menegakkan kalimah keramat" La ilaha illallah,Muhammadan Rasulullah"
Ya Allah.terimalah taubat kami serta ampnkan dosa-dosa kami secara sedar atau tidak..
Terima kasih Ya Allah,
Dengan hidayah Yang Engkau Berikan kepada kami..

Tuesday, February 15, 2011

kasIHmU sELaUTan MahABBah



اللهم صل على محمد وعلى ال محمد


Ya Allah Ya Tuhanku,
kau pertemukanlah diriku,ibu bapaku,keluargaku,kaum keluargaku,muallimin muallimat,mujahidin mujahidat serta sahabat-sahabatku dengan cinta hakiki yakni cinta sejati..
CINTA ALLAH DAN CINTA KEPADA RASULMU..

سبحان الله والحمدلله ولا اله الا الله والله اكبر ولاحولولاقوة 

Kau tusukkanlah hati-hati kami dengan linangan selawat ke atas nabimu,Muhammad s.a.w sama ada di bumi bainun,Dato' Razali,atau di mana-mana sahaja bumiMu Ya Allah Maha luas ini ..

Keranaku tahu,walau dimana sekalipun Islam dijunjung,di situlah syiar dan selawat ke atas nabiMu akan kedengaran Ya Allah..

Keranaku tahu,bahagia pasti akan dikecapi sekiranya Islam masih berada di dalam diri seseorang walau di mana sahaja ia ditempatkan..

Mereka akan bahagia dengan alunan zikrullah kepada Allah,serta selawat dan qasidah ke atas RasulMu ..

Ku Muliakanlah insan-insan yang sentiasa menegakkan syiar perjuangan nabi Muhammad s.a.w...Ya Allah.

اللهم صل على محمد وعلى ال محمد


Dalam musibah yakni ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t..terdapat 4 seni iaitu :
1.mencari pahala dari Allah..fastabiqul khairat
2.berkawan dengan kesabaran
3.berzikir dengan baik..Subhanallah,walhamdulillah,wala ilaha illallah wallahu akbar
4.menunggu kelembutan daripada Allah s.w.t


Tidak ada ketenangan kecuali dengan menyendiri dalam ketaatan(beruzlah).
Tidak  ada rasa aman kecuali dengan kepatuhan.
Tidak ada rasa sayang kecuali dengan menepati janji.
Tidak ada kepercayaan kecuali dengan kejujuran.



(Dipetik dari :buku hadiah istimewa,buku memo don't be sad,koleksi mutiara kata alQarni)-hadiah pemberian Miss Teo,IPGKTB..



Sunday, February 13, 2011

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN NURUL IFFAH



اعوذب الله من الشيطان الجيم....
بسم االله الرحمن الرحيم.....
اللههم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين...
اللهم رب اغفرلي واولدي وارحمحما كما ربياني ضغيرا
ربنا هب لنا من أزوجنا وذريتنا قرة اعين وجعلنا للمتقين اماما....
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار.........

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Alhamdulillah,pada kali ini iaitu pada saiyidul ayyam ini,Allah Taala masih memberikan kekuatan kepada insan yang kerdil lagi hina ini untuk menulis pengisian dalam blog ini..Walaupun hanya sedikit sahaja pengisiannya,namun ambillah ia kiranya member manfaat kepada antum semua..Barakallahu lakum
Sebelum itu,yup kita sama-sama beristigfar,berselawat dan perbaharui syahadah kita ye sahabat-sahabat..

سبحان الله والحمدلله ولا اله الا الله والله اكبر ولاحولولاقوة الا بالله العلي العظيم......................
أستغفرالله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم وأتوب اليه..................
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد.............
اشهد أن لا اله الا الله وأشهد أن محمدا رسول الله......

Syukran semua kerana kita sama2 telah berzikir mengingati pencipta kita yang maha agung iaitu الله عزوجل....
sempena 8 Rabiulawal 1432 hijrah ini,ana ingin mengambil kesempatan ini berkongsi menceritakan  sebuah kisah yang mana ana telah diceritakan oleh seorang sahabat yang akrab mengenai kehidupannya yang penuh  berwarna-warni setelah dia meletakkan dirinya untuk menggapai redha ilahi..Allahu Akbar..
Nama sahabat karib ana ini ialah NURUL IFFAH BINTI MARDHOTILLAH..saya lebih senang memanggilnya dengan panggilan manjanya iaitu Iffah..bak kata orang,panggilan sebagai iffah ini lebih mesra..Tambahan pula,maksud Iffah itu ialah mulia..

Iffah dilahirkan di Bario,Sarawak dan hidup bersama dengan ayah,emak serta 5 orang lagi adik beradiknya yang tercinta di sebuah kampung di sarawak.Mereka semuanya lelaki kecuali Iffah dan adiknya seorang sahaja adalah perempuan di dalam keluarganya..Iffah berjiwa kental dan sukar berputus asa dalam menangani masalahnya.Dia juga seorang yang amat berdikari dan sedaya upaya berusaha untuk tidak menyusahkan keluarnya dalam berhadapan dengan sebarang masalahnya.

Ceritanya bermula begini,dia telah mendapat 6A 3B di dalam PMR..Dia bercita-cita untuk menjadi seorang hafizah al-Quran yang mana dia sangat berharap agar dapat membantu 7 keturunannya di akhirat kelak sekiranya dapat mengingati 30 juzuk yang ingin dihafal serta menjaga batas-batas akhlak mengikut landasan quran dan sunnah.Di samping itu,dia bercita-cita besar supaya Allah Taala akan meredhakan kehidupannya di dunia ini..Sama-samalah kita berdoa agar usaha murninya akan dinilai Allah Taala di akhirat kelak..Dia minat menghafaz Al-quran semenjak kecil lagi kerana Iffah menjadikan sepupu lelakinya sebagai contoh terbaik dalam menjadi seorang al-hafiz..

Banyak juga tawaran belajar ke sekolah lain telah beliau korbankan semata-mata untuk ke maahad tahfiz yang terdapat di negeri Sabah satu-satunya..Subhanallah,beliau sanggup berpindah dari sekolah yang baru didudukinya hanya selama seminggu ke maahad tahfiz itu.Dalam kedemaman selama  seminggu di sekolah itu,dia telahpun Berjaya mengharunginya dan hikmah .Pelbagai kebahagiaan yang diperolehnya..antaranya,dalam kedemaman,dia telah dijaga oleh sahabat-sahabat yang baru saja dikenalinya..Subhanallah,ukhwah terbina dengan eratnya..Dalam kedemaman ini,dia telah melakukan istiqarah supaya keputusan yang dilakukannya ke maahad tahfiz itu merupakan pilihan dari Allah Taala. Yup kita sama-sama berdoa semoga sahabat ana ini dikurniakan keredhaan Allah dalam menggapai dan menghafaz kalamnya yang mulia.

Ketika Iffah mendaftarkan diri di sekolah ini,ibu bapanya tiada di sisinya..subhanallah,ibu bapanya telah meninggalkannya dan adik beradiknya selama sebulan untuk menunaikan ibadat haji di makkatul mukarramah..Iffah juga sempat berpesan kepada ibu bapanya supaya mendoakannya mendapat sekolah yang terbaik selepas PMR ini..yang mana alam selepas PMR inilah telah menentukan masa depannya pada masa sekarang..Ya Allah,Maha suci engkau telah memberikan yang tepat kepada Nurul Iffah binti Mardhotillah ini.

Bersambung…..