Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Friday, January 21, 2011

PeRjALaNaN kEhIDupAN






ujiannya tak mengira usia hamba-hambaNya.. baik anak2 kecil,remaja,dewasa dan orang2 tua..manusia tidak pernah putus2 diuji Allah kerana Allah ingin menguji tahap keimanan hamba2nya di dunia ini samaada mereka beriman padaNya ataupun sebaliknya.. Bermacam2 ujian yang dilanda,antaranya ujian sakit samaada secara fizikal @ batin,harta benda,kewangan,kekeluargaan,godaan cinta lelaki@wanita dan lain2.. 

Walaupun pahit dan perit untuk menerima apa yang diuji,payah dan sakit untuk mengakuinya,namun kita perlu tunduk dan patuh dengan apa yang ditetapkan olehNya.Ini kerana Engkau Ya Allah Maha Adil serta Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk setiap hamba-hambaMu..ALLAH TAALA juga tidak akan menguji setiap hambaNya sekiranya DIA tahu mereka tidak mampu menghadapiNya.. 

Ujian juga merupakan suatu rahmat dan nikmat dari Allah Taala..
SUBHANALLAH..betapa besarnya nikmatMu Ya Allah... 
Allah s.w.t berfirman : وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ
“Dan ni’mat apapun yang kalian dapatkan adalah datang dari Allah.”
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
“Dan jika kalian menghitung ni’mat Allah niscaya kalian tdk akan sanggup.” 

Semoga Allah Taala memberi kekuatan kepada hamba2Nya dalam menempuhi segala rintangan dan ujian yang mendatang.. Allahumma yassir wala tu'assir...amin.. SABARLAH & TABAHLAH duhai hati yang bernama insan(manusia),sentiasalah berdoa memohon rahmat dan ampunan dariNya serta pertolongan dan petunjuk hidayah daripada ALLAH TAALA,TUHAN PENGUASA LANGIT DAN BUMI.. 

Ya ALLAH ya tuhanku,bantulah dan tolonglah serta kasihanilah hambaMu ini,keluargaku,serta kaum keluargaku dan juga muslimin muslimat dalam menempuh ujian-ujian yang engkau hadiahkan kepada kami,hamba-hambaMu..Sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha mengetahui akan hamba-hambaMu..

@ Namunku tahu,ada hikmahnya,setiap segala yang menimpa diri,ku serahkan segala,padaMu tuhan....Yang berkuasa juga Mengetahui..Kerana Engkaulah Tuhan dan Raja Penguasa hati-hati hambaMu ini @ 



~~subhanallah,walhamdulillah,wala ilaha illallah, wallahu akbar,wala haula wala quwwata illa billah.~~ 
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WAALA ALI MUHAMMAD..