Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

rejab.syaaban..ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..terpanggil untuk menulis blog ini sempena malam 1 rejab 1435 h..
pada malam yang penuh barakah iaitu bermulanya bulan rejab...bulan Allah Taala..
Bulan rejab bulan untuk mengumpul dan meningkatkan amal ibadah kepada Allah Taala serta bulan persediaan untuk berhadapan dengan bulan syaaban dan insyaAllah Ramadhan..


Bulan rejab ialah bulan Allah..
Bulan Syaaban ialah ialah bulan Rasulullah s.a.w..
Bulan Ramadhan ialah bulan ummatku berkata Rasulullah..

Subhanallah..subhanallah...subhanallah..
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Allahu Akbar..Allahu Akbar...Allahu Akbar..
La ilaha illallah..La ilaha illallah...
Zikrullah..pendamai jiwa..
PEnerang hati dan menenangkan hati yang gundah gelana..

Allahu Allah..Allahu Allah..Allahu Allah
Hu Allah..Hu Allah...Hu Allah..
Allah Allah Allah
ALLAHU ALLAH...ALLAHU ALLAH
Allah sentiasa di hati dan dekat kepada manusia yang mengingatiNYa..

Astaghfirullahal azim...
Astagfirullahal azim..
Astagfirullahal azim..
Astagfirullahal azim...
Astagfirullahal azim..
IStigfar melembutkan hati hati yang keras dan mengampuni dosa doaa yang lalu..Allah..
Ya Allah..Ya RAhman..YA RAhim..
YA RAzzaq..ya FAttah YA Alim..
YA Sami'..ya Basir..ya Hafiz..
ya Ad'l..ya Kabir..Ya MUlk..
Asma ul husna..penenang jiwa..
Pendekat diri kepada Allah yang MAha ESa..
MAha PEngasih dan Maha Penyayang...

Allahumma solli ala MUhammad..
Allahumma solli ala MUhammad..
Allahumma solli ala MUhammad..
Allahumma solli ala MUhammad..
Allahumma solli ala MUhammad..
Selawat ke atas nabi..
Duhai nabi..duhai Rasulullah s.a.w..

Kami rindu untuk bertemu denganmu..
Ya RASULULLAH..Akhlakmu bak alQuran..
Sifatmu yang mahmudah menjadi contoh terbaik buat kami ummat akhir zaman..
Syafaatkan kami di akhirat sana...
Moga kami beroleh syafaat dan pertolongan serta dalam rahmat dan kasih sayangmu..

Ya Allah sampaikan aku,keluargaku dan  seluruh ummat Islam kepada bulan rejab,syaaban dan ramadhan..amin ya Rabb..

Allahumma solli ala Muhammad..
HASBI RABBI JALLALLAH..
MA FI QOLBI GHOIRULLAH
NUR MUHAMMAD SOLLALLAH
ASTAGFIRULLAH AZIM..
ALLAHU ALLAH..
ALLAH..ALLAHALLAH

Friday, April 18, 2014

kembali merindui dan dirindui Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD...

Subhanallah....alhamdulillah...Allahu Akbar..La ILaha illallah...Allahu Allah..
La Hau La wala quwwata illa billah..
ALLAHU Rabbi La Syarikalah..

Malam yang penuh hikmah..
penuh dengan seribu kerahmatan dari ilahi...
iaitu malam jumaat yakni malam penghulu segala hari..yaumul barakah yaumul jumuah..

Berada di akhir2 bulan jamadil akhir dan menghampiri bulan rejab serta bersaksikan bulan dan bintang...malam 17 jamadil akhir 1434h..

hamba Allah yang hina dina ini terpanggil olehNya untuk menghiasi blog yg sudah lama tidak dibintangi dan diindahkan dengan kata2 peransang untuk diri terutamnya..

Merenung dan meratap kembali blog ini..
Alangkah syahdu apabila hati terusik suatu ketika pernah mengingati rasulullah s.a.w dan meluahkan kata2 rindu ke atas junjungan ini melalui tulisan di blog yang bersawang ini.....

Mencari kembali hati yang mati untuk merindui dan dirindui Allah bukanlah sesuatu yang mudah..amat sukar sekali apabila hati telah kering kontang dengan zikrullah dan solawatul karim ke atas junjungan besar muhammad sollallahi alaihi wasallam..

Janganlah kita mudah berkata kata..hakikat diri manusia sering leka dan alpa..
sedikit ujian dariNya sudah merasa besar..Allah..Hanya Engkau mengetahui akan segala perihal hambaMu..

Ya Allah...terima kasih di atas segala ujian yang Kau kurniakan ke atas kami...
Manusia seringkali menyebut tentang sabar..tentang redha...dan perkara yang seumpanya...

seringkali kita mendidik hati kita untuk memahmudahkan diri kita sebagai hamba Allah yang kerdil untuk menerima sesuatu ujian dariNya dengan hati yang sabar dan redha..

justeru itu..sebagai hamba..apa yang kita perkatakan di bibir melalui anggota mulut kita perlulah sama seiring sejalan dengan hati kita yang ikhlas untuk menerima pemberian Allah melalui ujian2 nya dengan hati yang redha dan sabar...

Segala apa yang terjadi di muka bumi ini dalam pantauan Allah Taala...apa yang terjadi walhal sekecil kecil zarah akan diketahui Allah yang Maha Esa lagi Maha Adil dan Bijaksana..

Hakikat mendidik diri dan nafsu ke arah mardhatillah...bukanlah sesuatu yg mudah..
Allah...aku rindukan hati yang merinduiMu itu datang lagi ya Rabb..amin ya rabbal alamin..

TERIMA KASIH ALLAH..

Friday, January 4, 2013

Rinduku pada KEKASIHMU datang lagi :)

Bismillah..
Salam Yaumul Jumaah.hari penghulu segala hari..Jumaat pertama bagi tahun baru 2013..
Al fatihah dihadiahkan untuk kekasih Allah, Muhammad s.a.w,kaum kerabat baginda, kedua ibu bapa, adik beradik serta kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini...

Hari yang cukup barakah, Yang disunatkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas nabiyallah s.a.w...
serta hari yang digalakkan untuk mengamalkan sunnah nabi s.a.w seperti memotong kuku, memakai wangi wangian bagi kaum lelaki, bersedekah dan sebagainya..
 
SeLaWaT tHObIbIYah...
Ya Allah...rindu ini datang lagi..Rindu kepada kekasih hatiMu Ya Allah, Rasulullah yang sungguh mulia dan berpekerti mulai..
Jiwa hamba yang merindui kekasihMu pasti akan melaksanakan sunnahnya, berselawat kepadanya  dan cuba untuk berakhlak mulia sepertinya dan mengingati RasulMu setiap masa...

Allahumma solli ala Muhammad
Allahumma solli ala Muhammad
Allahumma solli ala Muhammad
Allahumma solli ala Muhammad

Allahumma solli ala Muhammad
Allahumma solli ala Muhammad

Hati akan menjadi tenang dipenuhi dengan bunga-bunga kebahagiaan apabila cinta dan rindu ini datang..
Ya Rasulullah...ku merinduimu, ku menyayangimu, ku mengasihimu, ku mengharapkan syafaatmu di akhirat sana..
Syafaatkan kami Ya Rasulullah...


Tuesday, November 8, 2011

Jika diberi kesempatan..

Bismillah..
Ya Allah aku benar-benar ingin mendekatiMu seluruh jiwa ragaku..
namun,hati ini semakin lama semakin tidak kuat,
semakin kotor,
semakin beku dengan darah-darah dosa yang mengalir,
semakin jauh dengan Mu ya Allah..
Diri ini sentiasa sahaja merungut dan tidak bersyukur dengan apa yang Kau kurniakan..
Namun,sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang KAU telah kurniakan..
Kurasakan semakin lama diri ini semakin jahil dengan ilmuMu yang Maha Luas,Ya Allah..

Aku ingin ke sana lagi..
Aku benar-benar merindui saat-saat berjihad dengan Al-Quran,
Terasa ingin berada dalam halaqah Al-Quran tersebut,
Jiwaku ketika itu benar-benar terasa sangat tenang,indah kerana pada masa itu hati ini sangat dekat mengingati kalamMu..
Setiap kali ingin mengingati kalamMu,ku tinggalkan nikmat-nikmat dunia seperti kurang tidur,kurang makan,dan yangku pasti niatku hanyalah untuk menggapai RedhaMU ya Rabb..wabtigho a'mardhotillah Ya Allah..Alhamdulillah,aku perolehinya..

Engkau hanya pinjamkan nikmat itu hanya seketika..Alhamdulillah Ya Allah..
Aku sentiasa berfikir dan berfikir..
Mengapa aku diuji begini sedangkan aku masih mahu menghafal kalamMu..
Sentiasa diri ini bertanya kepada ibu dan ayah..
Teringat dengan kata-kata sahabat yang dirindui dan dicintai kerana Allah,Hawa..
katanya " sahabatku,semakin kita nak mendekati Allah,semakin kita diuji oleh yang Maha menciptakan kita".
Namun jawapannya ialah "semua ini Allah dah ditetapkan,terimalah..Allah lebih Mengetahui akan segala-galanya"..

Selepas itu,ku diuji dengan berjihad di negeri orang untuk memiliki ilmu-ilmu ukhrawiMu..
walaupun sayu untuk meninggalkan keluarga di kampung nun jauh,
kugagahkan jua kaki ini..
ku teruskan perjuangan berjihad bersama-sama sahabat..
Pada masa ini,aku telah mengenali yang mana kawan,yang mana sahabat..
Sangat besar nikmat yangku terima itu..
Inilah Rahmat ilahi..

Aku merasa sangat sayang apabila bersama-sama sahabatku,merasa sangat indah hidup dalam jemaah..
tika salah seorang daripada kami sakit,ada masalah serta perlukan nasihat dan motivasi..
Sahabat-sahabat inilah yang banyak membantu..Terasa ukhuwwah yang dibina kerana Allah ini sangat indah,melangkaui hubungan adik-beradik..
Makan bersama-sama,ke kelas sama-sama.,ke surau,usrah bersama,syura sama-sama,study untuk exam sama-sama,buat nota juga bersama-sama,masak sama-sama,ke program bersama-sama dan banyak yang dilakukan secara berjemaah.Alhamdulillah..

Rindu saat-saat itu,Ya Allah..Rinduku pada sahabat..kokni yang paling banyak berjasa padaku,kak awe yang sentiasa sudi berkongsi idea-idea dan nasihat padaku,kiah yang suka membuatku tergelak dengan telatahnya,husna yang tak jenuh-jenuh membantuku tika kuperlukan pertolongan,adeq yang comel,kak mira yang banyak membantuku di dalam usrah,ana yang suka suki dan selalu ajak wat nota untuk exam sama-sama..subhanallah..teruskan perjuanganmu sahabat-sahabatku..
Namun,rahsia Allah yang menciptakan manusia dan alam ini..tiada siapa yang tahu..
Tak pernahku terfikir untuk meninggalkan tempat yangku cintai ini,
sudah suka dengan nikmat yang diterima,
buat kali keduanya pemberian pinjamanMu ditarik oleh Mu  Ya Allah..

Namun,insyaAllah..InsyaAllah Ya Allah..
ada hikmah yang terbaik untukku di sebalik apa yang terjadi ini..
Aku tahu bahawa apa yang telah Kau berikan ini..
adalah Ujian buat diriku untuk menguji imanku Ya Allah..
Sangat berat Ya Allah..
Seharusnya ku tidak bersedih dengan apa yang Kau berikan ini..
Aku akan selalu menjadikan ayat iaitu KalamMu ini sebagai penguat semangatku Ya Rabb..insyaAllah...
TERIMA KASIH YA ALLAH.


‎" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah:216) 

semoga tuhan sudi menganugerahkanku iman dan kekuatan kepadaku seperti iman para mukiminah solehah seperti sumayyah,asiah,aishah,khadijah dan srikandi-srikandi Islam..
Ku ingin hidup mulia seperti mereka..
Ku ingin menjadi Solehah,Cekal,tabah,sabar dengan segala ujian yang menimpa..
Kurniakanlahku kekuatan kepadaku Ya Allah..
supaya dapatku mengamalkan segala ilmu yang telah Kau berikan kepadaku dahulu..
supaya aku menjadi insan yang tidak melupakanMu..
Jauhilah diriku daripada kemurkaanMu,Ya Rabb..
Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku sepanjang hidupku sejak dilahirkan hingga sekarang..
Allhamdulillah. Ya Rabb..



Monday, October 10, 2011

Bismillah..Alhamdulillah Ya Allah dengan nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan olehNya,diri ini terpanggil untuk menghiasi  blog yang sudah lama bersawang ini dengan video yang indah ini..

BilA WakTu TelAh BeraKhIr

Brersyukur yang tidak terhingga diucapkan kepada ilahi kerana masih memberikan nikmat kepadaku untuk terus hidup di alam yang penuh liku dan ujian ini..Lagu ini benar-benar memberikan seribu makna dalam diri ini..
Pernah di suatu ketika diri ini terasa seakan-akan sudah tiba masanya diri ini dipanggilnya..seluruh badan menjadi sejuk,kaku,dan takut untuk bertemu denganNya..ibaratnya makan tak kenyang,tidur tak lena serta mandi tak basah kerana merasakan masa untuk bertemu denganNya telah tiba akan tetapi amalan-amalan kepadaNya masih belum mencukupi...Lagu inilah yang menjadi peneman dan penguat untukku di kala itu..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..La iLaha Illallah..
Allahumma solli ala Muhammad waala ali Muhammad...

Sunday, April 24, 2011

hadirlah CINTA


Salamun alaik..
Salamku kirimkan kepadamu Ya Rasulullah
Ya Habiballah..
Ya Syafiullah..

Subhanallah..
Dek kerana kesibukan berpraktikum..
mendidik anak bangsa..
ke arah mengenal yang ESA..
ku terasa makin jauh untuk mendekatiMU

Subhanallah,
Ya Allah..
Terasa diri ini terlalu jauh daripadaMU..
Berat di bibir untuk mengalunkan Kalimah alunan zikrullah..
Memuji kebesaranMu,
Menghadiahkan selawat kepada RasulMu..
Mungkin kerana hati terlalu memikirkan hal dan fitnah dunia ..
Sehingga cinta kepadaMU dilupakan..
semakin jauh hati ini..

Ya Allah..
Kau dekatkanlah kembali hati-hati kami supaya terpaut cinta dan keimanan kami kepadaMu lagi..

Ku merindui saat-saat indah itu..Ya Allah
ketika diri sudah mula jatuh cinta padaMU..
Dapat dirasai nikmat kemanisan itu..
Telah ku lalui kebahagiaan itu...
Tidak difikirkan hal-hal remeh dunia..
melainkan mengingatiMU setiap masa dan setiap detik..
mengingati kebesaran dan keagunganMU..
Hadirkanlah dan campakkanlah ia ke dalam hatiku perasaan itu lagi YA ALLAH..

KU RINDUKAN KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ITU..
merinduiMu Ya Rabb,Mencintaimu Ya Rasulullah..

سبحان الله الحمدلله الله أكبر لاحول ولا قوة إلا بالله
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد

Tuesday, March 15, 2011

InDaHnYa NikmAT IMtihanMu..Ya RaBB


الدين النصيحة

Dalam hidup mengenal ilahi,mencapai redha ilahi,menuju mardhotillah..
Diri pastikan sentiasa teruji..
Diuji dengan sakit,ujian dari teman,ujian cinta insani dan lain-lain..

Nikmat  ujian sakit..
Ada sakit yang datang secara fizikal..
contohnya,demam,sakit kepala,sakit belakang,sakit pinggang,darah tinggi,kencing manis,jantung dan banyak lagi..
namun ada pula sakit yang menyebabkan mental seseorang terganggu mungkin kerana kurangnya rehat, juga kerana stress dengan tekanan kerja dan persekitarannya..
Melalui IMTIHAN ini,Allah Taala ingin melihat sama ada hambaNya itu sabar ataupun tidak melawan sakit yang datang,kuatkah semangatnya untuk menghadapinya ataupun dia menjadi jauh dari rahmat Allah kerana berputus asa dengan sakit yang sedikit itu..

Duhai hati,tabahlah apabila diuji kesakitan..
Allah ingin kita merasai nikmat KESIHATAN dan KEBAHAGIAAN.
Kerana Allah Maha Mengetahui dan  Maha Penyayang kepada setiap hambaNYa....ingatlah!!!!
لا يكلف الله نفسا الا وسعها                                           ....subhanallah

subhanallah..kasihnya  insan ini kepada anaknya

Dalam mengenalNya pula,
Kita diuji pula dengan ujian ketika berkawan,berteman dan  bersahabat..
Ada teman yang tak sehaluan,tidak sefikrah,dan tidak dapat menerima hakikat diri kita..
Ingatlah sahabatku,kita semua makhluk Allah..
Manusia ini semua datangnya daripada Allah Taala..
kita tidak layak dan tidak berhak membenci seseorang..

Benci dan marah walaubagaimana sekalipun kita pada seseorang,cubalah untuk sentiasa bertenang,berlapang dada dengan mereka..
Cubalah untuk membenci perbuatannya,bukannya membenci empunya diri..Dan sentiasalah berdoa agar Allah mengampuninya,memberi petunujk hidayahNyA serta merahmati hubungan persahabatan  yang Ttelah terbina..

"Suka dan bencilah kamu secara bersederhana,kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci ataupun orang yang kamu cintai"..subhanallah..
Oleh itu,duhai teman,dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat.
Jadilah teman,kawan dan sahabat yang apabila mendengar kata-katanya,teringatkan kalam ALLAH apabila melihatnya,terus mengingati Allah Taala dan jannah yang kekal abadi..Allahu Akbar.

Doa Rabithoh pengikat ukhuwwah

Allah Taala juga tidak lupa untuk  menguji manusia dengan ujian dalam melawan hawa nafsu,dalam mendapat cinta insani dan lain-lain..
Cuba renungkan,LAYAKKAH kita menerima CINTA INSANI sebelum menerima cinta dari Allah yang menciptakan kita???
Layakkah???
Jom tepuk hati,Tanya IMAN masing-masing kerana CINTA ALLAH CINTA SEJATI CINTA YANG HAKIKI..
Tidak diakui,bahawa cinta insani juga perlu diraih,tapi perlulah dengan menggunakan kaedah,uslub yang betul..bukannya bercouple,berdate sana  sini,bercakap telefon siang malam..astaghfirullah..
maafkan diri ini sekiranya terkasar bahasa..

Biarlah apa yang kita lakukan di dunia ini DIREDHAI Allah..bukannya dihina,dibenci dan dimurkai ALLAH
Jom Mengikut ranking yang perlu dicintai di bawah ini :

1) sayang ALLAH(Ampunilah kami Ya Allah)
2) sayang RASULULLAH(Syafaatkanlah kami Ya Habiballah)
3) sayang IBU,IBU,IBU( saya saaayang emak kerana Allah)
4) sayang AYAH (Saya saayaang ayah kerana Allah)
5) SAYANG SEMUANYA ( saya sayang semua kerana Allah)


 
 انا احب الله و رسول الله 

Cuba kita FIKIRKAN..
Kenapakah Allah bg semua nikmat itu u dirasa????
Subhanallah..
Allah sebenarnya nak kita rase erti KESYUKURAN dan KEBAHAGIAAN..
Redhalah.sabarlah serta berakhlak mulialah sentiasa apabila diuji dgn IMTIHAN ILAHI..
Cubalah BERHUSNUL ZHON dengan :ALLAH saayangkan kita,DIA tak nak kita alpa,DIA tak nak kita leka dengan NIKMAT-NIKMAT dunia..
Subhanallah..Maha suci Allah,Alhamdulillah..
Asykuruka Ya Allah wa Ya Rasulullah s.a.w...

سبحان الله والحمدلله ولااله الا الله والله أكبر

اللهم صل على محمد وعلى ال محمد