Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..

Hidupkan usrah!USRAH!usrah!Jasamu akan dikenang sentiasa duhai Hasan Al-Banna..
Tegakkanlah kalimah ALLAH di muka Bumi yang penuh fatamorgana ini..La Ilaha Illallah,Muhammad Ya Rasulullah Ya Habiballah...

Search This Blog

Wednesday, March 10, 2010

KECANTIKAN HAKIKI SEORANG MUJAHIDAH





Kecantikan wajah sering menjadi idaman wanita.Ramai yang suka dipandang cantik kerana menganggap bahawa dengan kecantikan,diri akan disanjung dan disayangi.Dengan kecantikan,wanita yang belum berkahwin mudah mendapat jodoh kerana tentu ramai jejaka yang berkenan.Dengan kecantikan,wanita yang bergelar isteri akan disayangi oleh suami.Dengan berwajah cantik juga,rezeki melimpah dan semua orang akan senang.
Demikian mahalnya nilai kecantikan dan pentingnya persoalan kecantikan ini bagi wanita.Tidak hairanlah,industry bahan-bahan kecantikan berkembang dengan begitu pesat.Ramai wanita hari ini yang beralih kepada ubat-ubatan dan makanan kesihatan tradisional untuk membolehkan diri mereka tampil anggun..mempunyai wajah yang lebih menawan..pendek katanya;UNTUK DIPANDANG CANTIK..
Tidak ada salahnya bercantik-cantik atau berusaha menjadi cantik..Bagaimanapun kecantikan wajah bukanlah segala-galanya.Tidak ada jaminan wajah yang cantik akan membuatkan orang sayang.Mungkin orang sekadar suka melihat wajah cantik,tetapi tidak semestinya mereka mahu menyayangi wanita yang kelihatan cantik itu sebagai pasangan hidup.
Orang selalu mengatakan “dari mata turun ke hati ”..Ertinya,kalau seorang wanita itu dipandang cantik,pandangan itu akan turun ke hati siapa yang memandangnya..Hati yang memandang akan terasa senang,tetapi kecantikan pada seseorang wanita itu tidak selalunya disukai atas  sebab fitrah.Mungkin apa yang berlaku ialah “dari mata turun ke nafsu”
Ertinya,bukan hati yang bersifat murni dan suci yang menilai kecantikan itu,tetapi nafsulah yang menjadi penilai…Sebab itu ada ungkapan “cinta pandangan pertama”(love at first sight)..Sekali pandang sudah berkenan,sedangkan latar belakang orang itu dan pegangan agamanya belum diketahui..
Banyak juga berlaku,cantik yang dipandang pertama kali oleh mata tidak sampai ke hati..Lalu,akhirnya kecantikan itu lebih membawa kepada bencana atau fitnah..Macam yang selalu berlaku kepada artis-artis di barat..Ramai di kalangan mereka yang dikenali sebagai wanita yang cantik dan tercantik,tetapi hidupnya diselubungi macam-macam hal yang tidak menyenangkan..Mereka mendapat pasangan hidup yang sama sepadan bagai pinang dibelah dua,tetapi kasih sayang antara mereka jarang yang bertahan lama..Wa Nauzubillahi min zalik Ya Allah wa Yar Rahman..
Orang lain mungkin terus memuja mereka kerana tetap kelihatan cantik dan menawan,tetapi di mata dan di hati suami sendiri,mereka sudah tidak cantik lagi,di manakah silapnya?Ya,bersyukurlah jika dikurniakan kecantikan wajah anugerah Allah,tetapi janganlah kecewa jika tidak mendapat kurniaan itu..La Takhaf Wala Tahzan,Innallaha Maana..InsyaAllah..
Wajah yang cantik hanya satu daripada kelebihan yang Allah beri kepada wanita di samping banyak lagi kelebihan yang lain.Kelebihan-kelebihan wanita yang lain lebih berbentuk dalaman..Nasihat dan peringatan untuk diri dan semua yang bergelar wanita!!!:Jangan sesekali kehilangan kecantikan dalaman ini semata-mata ingin mempertahankan kecantikan lahiriah!!..SUBHANALLAH..Takbir!!!
ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMDU
dIeDit darI: SILIBUS uSRAh 3pismp halaman 50

No comments:

Post a Comment