Kecantikan wajah sering menjadi idaman wanita.Ramai yang suka
dipandang cantik kerana menganggap bahawa dengan kecantikan,diri akan disanjung
dan disayangi.Dengan kecantikan,wanita yang belum berkahwin mudah mendapat
jodoh kerana tentu ramai jejaka yang berkenan.Dengan kecantikan,wanita yang
bergelar isteri akan disayangi oleh suami.Dengan berwajah cantik juga,rezeki
melimpah dan semua orang akan senang.
Demikian mahalnya nilai kecantikan dan pentingnya persoalan
kecantikan ini bagi wanita.Tidak hairanlah,industry bahan-bahan kecantikan
berkembang dengan begitu pesat.Ramai wanita hari ini yang beralih kepada
ubat-ubatan dan makanan kesihatan tradisional untuk membolehkan diri mereka
tampil anggun..mempunyai wajah yang lebih menawan..pendek katanya;UNTUK
DIPANDANG CANTIK..
Tidak ada salahnya bercantik-cantik atau berusaha menjadi cantik..Bagaimanapun
kecantikan wajah bukanlah segala-galanya.Tidak ada jaminan wajah yang cantik
akan membuatkan orang sayang.Mungkin orang sekadar suka melihat wajah
cantik,tetapi tidak semestinya mereka mahu menyayangi wanita yang kelihatan
cantik itu sebagai pasangan hidup.
Orang selalu mengatakan “dari mata turun ke hati ”..Ertinya,kalau
seorang wanita itu dipandang cantik,pandangan itu akan turun ke hati siapa yang
memandangnya..Hati yang memandang akan terasa senang,tetapi kecantikan pada
seseorang wanita itu tidak selalunya disukai atas sebab fitrah.Mungkin apa yang berlaku ialah “dari
mata turun ke nafsu”
Ertinya,bukan hati yang bersifat murni dan suci yang menilai
kecantikan itu,tetapi nafsulah yang menjadi penilai…Sebab itu ada ungkapan “cinta
pandangan pertama”(love at first sight)..Sekali pandang sudah berkenan,sedangkan
latar belakang orang itu dan pegangan agamanya belum diketahui..
Banyak juga berlaku,cantik yang dipandang pertama kali oleh
mata tidak sampai ke hati..Lalu,akhirnya kecantikan itu lebih membawa kepada
bencana atau fitnah..Macam yang selalu berlaku kepada artis-artis di
barat..Ramai di kalangan mereka yang dikenali sebagai wanita yang cantik dan
tercantik,tetapi hidupnya diselubungi macam-macam hal yang tidak
menyenangkan..Mereka mendapat pasangan hidup yang sama sepadan bagai pinang
dibelah dua,tetapi kasih sayang antara mereka jarang yang bertahan lama..Wa
Nauzubillahi min zalik Ya Allah wa Yar Rahman..
Orang lain mungkin terus memuja mereka kerana tetap kelihatan
cantik dan menawan,tetapi di mata dan di hati suami sendiri,mereka sudah tidak
cantik lagi,di manakah silapnya?Ya,bersyukurlah jika dikurniakan kecantikan
wajah anugerah Allah,tetapi janganlah kecewa jika tidak mendapat kurniaan
itu..La Takhaf Wala Tahzan,Innallaha Maana..InsyaAllah..
Wajah yang cantik hanya satu daripada kelebihan yang Allah
beri kepada wanita di samping banyak lagi kelebihan yang lain.Kelebihan-kelebihan
wanita yang lain lebih berbentuk dalaman..Nasihat dan peringatan untuk diri dan
semua yang bergelar wanita!!!:Jangan sesekali kehilangan kecantikan dalaman ini
semata-mata ingin mempertahankan kecantikan lahiriah!!..SUBHANALLAH..Takbir!!!
ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMDU
No comments:
Post a Comment