Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..
kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku
memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan
ity.aku
duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah
kamu
mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku,
masakan aku
tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan
cacat
anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Akun tergamam seketika. Aku lihat
tangan,
kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil
aku
lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari
kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan
tetap
mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu
akan
menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai
sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku
berfikir...ramai orang
yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan
segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan
keadaanku yang
sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.” Dia
bertanya
lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar
kepada
kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku
tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapi
menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku
akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi,
bagaimana
aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita
memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah
bunyinya.
Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan
pujian
bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan
nada yang
tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku,
aku
menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang
sebenar!” Aku
fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi,
tetapi Dia
terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?”
Aku
jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak
sempurna...aku
bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan
gembira...kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan
mahukan
bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu
kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun
membasahi
pipiku.
Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud
menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya
datang
mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu
sedang
kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir
derasmembasahi
pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu
menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada
yang lain
sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering
membuat alasan
ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi
bibirku
untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang
bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi
persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata,
kini
kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa
yang
kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan
dalam
dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu
berjuang di
jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan
kepadamu
kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu
mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu,
tetapi kamu
berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu,
tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan
dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan
pelbagai
cara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak
mampu
menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/. Dalam tak sedar, aku malu
dengan
segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya
alasan bagi
menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu?
Ketika hatiku
berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua
belah
pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku
tidak layak
menjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatku
pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku
ampunkannya.
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa
Engkau
tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan
memohon
ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia
menjawab
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu.
Apabila
kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala
rintihanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan
kegembiraanmu.
Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat.
Apabila
kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan
membantumu.
Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan
menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak
mengerti
kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala
dosaku
selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku
benar-benar solat
dalam ertikata yang sebenar. Wa’allahualam...
SUMBER:adawiyah,facebook..