اعوذب الله من الشيطان الجيم....
بسم االله الرحمن الرحيم.....
اللههم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن
رحمتك يا أرحم الراحمين...
اللهم رب اغفرلي واولدي وارحمحما كما ربياني
ضغيرا
ربنا هب لنا من أزوجنا وذريتنا قرة اعين وجعلنا
للمتقين اماما....
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا
عذاب النار.........
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Alhamdulillah,pada kali ini iaitu pada saiyidul ayyam
ini,Allah Taala masih memberikan kekuatan kepada insan yang kerdil lagi hina
ini untuk menulis pengisian dalam blog ini..Walaupun hanya sedikit sahaja
pengisiannya,namun ambillah ia kiranya member manfaat kepada antum
semua..Barakallahu lakum
Sebelum itu,yup kita sama-sama beristigfar,berselawat dan
perbaharui syahadah kita ye sahabat-sahabat..
سبحان
الله والحمدلله ولا اله الا الله والله اكبر ولاحولولاقوة الا بالله العلي
العظيم......................
أستغفرالله
العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم وأتوب اليه..................
اللهم
صل على محمد وعلى ال محمد.............
اشهد
أن لا اله الا الله وأشهد أن محمدا رسول الله......
Syukran
semua kerana kita sama2 telah berzikir mengingati pencipta kita yang maha agung
iaitu الله عزوجل....
sempena 8
Rabiulawal 1432 hijrah ini,ana ingin mengambil kesempatan ini berkongsi
menceritakan sebuah kisah yang mana ana
telah diceritakan oleh seorang sahabat yang akrab mengenai kehidupannya yang
penuh berwarna-warni setelah dia
meletakkan dirinya untuk menggapai redha ilahi..Allahu Akbar..
Nama
sahabat karib ana ini ialah NURUL IFFAH BINTI MARDHOTILLAH..saya lebih senang
memanggilnya dengan panggilan manjanya iaitu Iffah..bak kata orang,panggilan
sebagai iffah ini lebih mesra..Tambahan pula,maksud Iffah itu ialah mulia..
Iffah
dilahirkan di Bario,Sarawak dan hidup bersama dengan ayah,emak serta 5 orang
lagi adik beradiknya yang tercinta di sebuah kampung di sarawak.Mereka semuanya
lelaki kecuali Iffah dan adiknya seorang sahaja adalah perempuan di dalam
keluarganya..Iffah berjiwa kental dan sukar berputus asa dalam menangani
masalahnya.Dia juga seorang yang amat berdikari dan sedaya upaya berusaha untuk
tidak menyusahkan keluarnya dalam berhadapan dengan sebarang masalahnya.
Ceritanya
bermula begini,dia telah mendapat 6A 3B di dalam PMR..Dia bercita-cita untuk
menjadi seorang hafizah al-Quran yang mana dia sangat berharap agar dapat
membantu 7 keturunannya di akhirat kelak sekiranya dapat mengingati 30 juzuk
yang ingin dihafal serta menjaga batas-batas akhlak mengikut landasan quran dan
sunnah.Di samping itu,dia bercita-cita besar supaya Allah Taala akan meredhakan
kehidupannya di dunia ini..Sama-samalah kita berdoa agar usaha murninya akan
dinilai Allah Taala di akhirat kelak..Dia minat menghafaz Al-quran semenjak
kecil lagi kerana Iffah menjadikan sepupu lelakinya sebagai contoh terbaik
dalam menjadi seorang al-hafiz..
Banyak
juga tawaran belajar ke sekolah lain telah beliau korbankan semata-mata untuk
ke maahad tahfiz yang terdapat di negeri Sabah satu-satunya..Subhanallah,beliau
sanggup berpindah dari sekolah yang baru didudukinya hanya selama seminggu ke
maahad tahfiz itu.Dalam kedemaman selama
seminggu di sekolah itu,dia telahpun Berjaya mengharunginya dan hikmah .Pelbagai
kebahagiaan yang diperolehnya..antaranya,dalam kedemaman,dia telah dijaga oleh
sahabat-sahabat yang baru saja dikenalinya..Subhanallah,ukhwah terbina dengan
eratnya..Dalam kedemaman ini,dia telah melakukan istiqarah supaya keputusan
yang dilakukannya ke maahad tahfiz itu merupakan pilihan dari Allah Taala. Yup
kita sama-sama berdoa semoga sahabat ana ini dikurniakan keredhaan Allah dalam
menggapai dan menghafaz kalamnya yang mulia.
Ketika
Iffah mendaftarkan diri di sekolah ini,ibu bapanya tiada di
sisinya..subhanallah,ibu bapanya telah meninggalkannya dan adik beradiknya
selama sebulan untuk menunaikan ibadat haji di makkatul mukarramah..Iffah juga
sempat berpesan kepada ibu bapanya supaya mendoakannya mendapat sekolah yang
terbaik selepas PMR ini..yang mana alam selepas PMR inilah telah menentukan
masa depannya pada masa sekarang..Ya Allah,Maha suci engkau telah memberikan
yang tepat kepada Nurul Iffah binti Mardhotillah ini.
Bersambung…..