MENGHADIRKAN NIAT YANG BAIK DALAM SEGALA PEEL PERBUATAN
Ø Segala amalan yang diharuskan seperti makan,tidur,bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah s.w.t jika diniatkan keranaAllah.
Ø Seseorang hamba akan diganjarkan pahala yang banyak dengan syarat segala amalan tersebut perlu diniatkan sematamata kerana beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
Ø Sabda Rasulullah s.a.w :
~Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat~ (Bukari dan muslim)
Ø Contohnya: Seseorang yang pada malamnya tidur awal dan berniat untuk bangun malam atau bangun untuk solat subuh untuk beribadah kepada Allah= maka tidurnya akan dikira sebagai ibadah..
MENGERJAKAN BEBERAPA AMALAN DALAM SATU WAKTU
Ø Mereka yang mengerjakan beberapa amalan dalam satu waktu adalah orang yang bijak menguruskan waktunya sehingga ia sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah.
Ø Contohnya:
1) Apabila kita ke masjid dengan berjalan kaki,ianya merupakan satu ibadah.Dalam perjalanan tersebut,ia berzikir,bertahmid serta bertasbih serta membaca Al-Quran.
~Di sini,banyak kebaikan yang akan diperolehinya..Subhanallah,Maha Penyayang Allah
Taala kepada hambaNya.
Taala kepada hambaNya.
2) Apabila kite ke kelas,kita menyapa sahabat-sahabat dengan senyuman dan salam serta berkata dengan kata-kata yang baik serta tidak menyinggungnya.Kita juga akan memperoleh ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
No comments:
Post a Comment