الدين النصيحة
Dalam hidup mengenal ilahi,mencapai redha ilahi,menuju
mardhotillah..
Diri pastikan sentiasa teruji..
Diuji dengan sakit,ujian dari teman,ujian cinta
insani dan lain-lain..
Nikmat ujian
sakit..
Ada sakit yang datang secara fizikal..
contohnya,demam,sakit kepala,sakit
belakang,sakit pinggang,darah tinggi,kencing manis,jantung dan banyak lagi..
namun ada pula sakit yang menyebabkan
mental seseorang terganggu mungkin kerana kurangnya rehat, juga
kerana stress dengan tekanan kerja dan persekitarannya..
Melalui IMTIHAN ini,Allah Taala ingin
melihat sama ada hambaNya itu sabar ataupun tidak melawan sakit yang
datang,kuatkah semangatnya untuk menghadapinya ataupun dia menjadi jauh dari
rahmat Allah kerana berputus asa dengan sakit yang sedikit itu..
Duhai hati,tabahlah apabila diuji
kesakitan..
Allah ingin kita merasai nikmat
KESIHATAN dan KEBAHAGIAAN.
Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang
kepada setiap hambaNYa....ingatlah!!!!
لا يكلف الله نفسا الا وسعها ....subhanallah
subhanallah..kasihnya insan ini kepada anaknya
Dalam mengenalNya pula,
Kita diuji pula dengan ujian
ketika berkawan,berteman dan bersahabat..
Ada teman yang tak sehaluan,tidak
sefikrah,dan tidak dapat menerima hakikat diri kita..
Ingatlah sahabatku,kita semua makhluk
Allah..
Manusia ini semua datangnya daripada
Allah Taala..
kita tidak layak dan tidak berhak
membenci seseorang..
Benci dan marah walaubagaimana
sekalipun kita pada seseorang,cubalah untuk sentiasa bertenang,berlapang dada
dengan mereka..
Cubalah untuk membenci
perbuatannya,bukannya membenci empunya diri..Dan sentiasalah berdoa agar Allah
mengampuninya,memberi petunujk hidayahNyA serta merahmati hubungan persahabatan
yang Ttelah terbina..
"Suka dan bencilah kamu secara
bersederhana,kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang
kamu benci ataupun orang yang kamu cintai"..subhanallah..
Oleh itu,duhai teman,dalam memilih
sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat.
Jadilah teman,kawan dan sahabat yang
apabila mendengar kata-katanya,teringatkan kalam ALLAH apabila melihatnya,terus
mengingati Allah Taala dan jannah yang kekal abadi..Allahu Akbar.
Doa Rabithoh pengikat ukhuwwah
Allah Taala juga tidak lupa untuk
menguji manusia dengan ujian dalam melawan hawa nafsu,dalam
mendapat cinta insani dan lain-lain..
Cuba renungkan,LAYAKKAH kita
menerima CINTA INSANI sebelum menerima cinta dari Allah yang menciptakan
kita???
Layakkah???
Jom tepuk hati,Tanya IMAN
masing-masing kerana CINTA ALLAH CINTA SEJATI CINTA YANG HAKIKI..
Tidak diakui,bahawa cinta insani
juga perlu diraih,tapi perlulah dengan menggunakan kaedah,uslub yang
betul..bukannya bercouple,berdate sana sini,bercakap telefon siang
malam..astaghfirullah..
maafkan diri ini sekiranya terkasar
bahasa..
Biarlah apa yang kita lakukan di
dunia ini DIREDHAI Allah..bukannya dihina,dibenci dan dimurkai ALLAH
Jom Mengikut ranking yang perlu
dicintai di bawah ini :
1) sayang ALLAH(Ampunilah kami Ya
Allah)
2) sayang RASULULLAH(Syafaatkanlah
kami Ya Habiballah)
3) sayang IBU,IBU,IBU( saya saaayang
emak kerana Allah)
4) sayang AYAH (Saya saayaang ayah
kerana Allah)
5) SAYANG SEMUANYA ( saya sayang
semua kerana Allah)
انا احب الله و رسول الله
Cuba kita FIKIRKAN..
Kenapakah Allah bg semua nikmat itu u dirasa????
Subhanallah..
Allah sebenarnya nak kita rase erti KESYUKURAN dan KEBAHAGIAAN..
Redhalah.sabarlah serta berakhlak mulialah sentiasa apabila
diuji dgn IMTIHAN ILAHI..
Cubalah BERHUSNUL ZHON dengan :ALLAH saayangkan kita,DIA tak nak
kita alpa,DIA tak nak kita leka dengan NIKMAT-NIKMAT dunia..
Subhanallah..Maha suci Allah,Alhamdulillah..
Asykuruka Ya Allah wa Ya Rasulullah s.a.w...
سبحان الله والحمدلله ولااله الا الله والله أكبر
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد