Bismillahirrahmanirrahim......
Allahumma solli
ala Muhammad,wa ala ali Muhammad….
Subhanallah,Maha
suci Allah,rupa-rupanya,bila dihitung hari, “handset sony ericson w200i”sudah
bersamaku sudah hampir 4 tahun yang lalu.Ia
berkhidmat untukku sama ada di kala siang
dan malam hari sepanjang 4 tahun ini.Handset inilah yang menjadi loceng
penggera pada waktu pagi dalam mengejutkan aku solat subuh seterusnya ke
kuliah.Ia jugalah yang menghubungkan aku dengan ibu bapa dan keluargaku di
kampung serta berhubungan dengan sahabat-sahabat dalam urusan kerja dan lain-lain.
Daku masih ingat
lagi handset ini adalah pemberian ayah dan emak kepadaku.Handset ini kami
belikan pada bulan 6 setelahku ingin
pulang ke Institut Pengajian di dalam negara ini. Kami membelinya di Bandar
Kuantan,pada jam 6 petang selepas berakhirnya
cuti sekolahku .Ayah,emak,serta abangku bersama-sama diriku memilih
handset itu.Kami sepakat membeli handset yang berwarna hitam.Kami hanya
membelinya dengan harga RM330.Antara fungsinya ialah terdapatnya
radio,walkman,kamera serta infrared..Handset ini hanya biasa sahaja di pandangan orang
lain,naumun ianya sangat memberi erti yang mendalam kepadaku,Ya Allah Ya Rabb..
Ya Allah Ya
Tuhanku,betapa sukanya dan gembiranya hatiku disaat itu…Aku mula mempunyai
handset sendiri sejak berusia 20 tahun ini…Ya Allah Ya Tuhanku,bangganya diriku
telah mempunyai handset sendiri,kerana sebelum ini aku hanya menggunakan
handset ayah dan abang-abangku untuk berhubung dengan kawan-kawanku.
Banyak juga
kenangan-kenanganku bersama handset ini.Contohnya,semasa diriku ditaklifkan
memegang amanah sebagai AJK Lajnah Usrah di Institut,dialah yang membantuku
berhubung dengan ketuaku serta sahabat-sahabatku,ustaz-ustazku,mad’uku dan
lain-lain.Dialah penyelesai kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh diriku
dan mad’u-mad’uku Ya Allah..Maha Suci Engkau menghadiahkan nikmat handset ini
kepadaku..
Alhamdulillah,daku cuba menggunakannya sedaya upaya mungkin
untuk memanfaatkan handset ini.
Aku sedaya mungkin
menggunakannya ke arah ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR”.
Aku hanya bermesej
dengan sahabat-sahabat lelaki apabila perlu..
Aku menggunakannya
untuk menelefon ibubapa dan keluargaku serta sahabat-sahabat karibku.
Aku juga cuba
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mad’u-mad’uku apabila perlu..
Aku cuba berukhwah
dengan sahabat-sahabat melalui handset ini dengan menghantar mesej kata-kata
mutiara hikmah untuk merapatkan lagi ukhwah sesama kami.
Bak kata orang
“nak berdakwah,tak semestinya hanya dengan ceramah,namun handset juga merupakan
salah satu media dakwah”.
Namun,segalanya
telah berakhir pada hari ini Ya Alllah.Pada hari Isnin yang lalu,bersamaan 11 rabiul awal handsetku
telahpun hilang dari sudut pandangan mataku.Selepasku sedari ianya telah
hilang,ku pergi ke salah satu pasaraya yangku kunjungi tadi..Apabila ku
mencarinya di bahagian-bahagian yang kulalui,namun tiadaku lihat kelibat
handsetku..Ya Allah,gelisah benar rasa hatiku..Ku sempat berpesan kepada
cashier di pasaraya itu “kalau ada terjumpa dengan handset sony,tolong bagitahu
saya ye,di nombor telefon rumah saya iaitu 08-8595966(sekadar rekaan).
Hatiku gelisah dan
agak terkesima buat seketika.tatkala mengenangkan alat perhubungan dan
komunikasiku yang sangat bermakna dalam hidupku hilang tatkala kecuaianku
semasa sedang membeli hadiah untuk adikku sempena mendapat duit elaun pada
semester ini..
Namun,ku tidak
pentingkan handset itu secara zahirnya ,yang aku fikirkan ialah apa yang
terkandung di dalamnya,Ya Rahman Ya Rahim.Dek teragak kesal kerana handsetku
tak kelihatan,ku mengajak emakku untuk solat asar di masjid berdekatan kerana
jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.40 petang.Asar pun sudah lame.Setelah
bersolat,ku berdoa kepada Allah Taala yang berbunyi:
Ya Allah Ya Tuhanku!
Bantulah hambaMu ini!
Tenagkanlah hati hambaMu ini menerimanya
walaupun teragak masam dan pahit menerimanya!
Semoga gambar-gambar serta video-video yang
terkandung di dalamnya tidak membuka aib dan menjadi fitnah kepada diriku
sebagai seorang muslimah di muka bumi ini,Ya Allah…
Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rabbul Izzati,Sekiranya
ada insan di muka bumi ini menjumpainya,Kau berikanlah hidayahMU kepadanya!
Ini kerana handset
ini terlalu penting dan sangat berharga di dalam hidupku..Adanya bacaan
Al-Quran daripada Syeikh Masyari sebanyak 30 juzuk,lagu-lagu nasyid yang selalu
memberi motivasi di kalaku terasa sedih,gembira ,down dan lain-lain.Ia juga
membuatkanku teringat dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH,zikir-zikir kepada Allah
serta qasidah dan selawat ke atas nabiMu, Muhammad s.a.w.
Hari-hariku lalui
dengan baik walaupun kehilangan handset yang menjadi peneman di kala
kesunyian..Lagu-lagu yang terdapat di dalamnya telah dapat mengingatkanku
kepada Allah Taala,Alhamdulillah..Ia menjadikanku lebih bersyukur kepada Allah
Taala….Allah mahukan hambaNya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan
rahmat yang diberiNya.
Sehinggalah pada
hari khamis,14 Rabiul awal,ayah bertanya padaku.
Ayah : adakah kamu nak ayah belikan satu handset
pada kamu?’
Ku : “tak perlu lagilah”,duit tiada lagi”
Ayah :
Kalau ayah belikan handset second hand,semua yang ada pada handset kamu seperti sebelum ni,akan kamu perolehnya lagi
sekiranya ayah belikan handset padamu.
Ku :Boleh
aje,ayah..yang penting murah saja.hehe(ku terenyum manja)
Pada 15 rabiul awal,pada jam 5 petang,sewaktu
keluar makan di restoran bersama
keluarga,ayah bertanya sekali lagi padaku
adakah handset itu sangat bermakna buatku?Ku
menjawab”,ye ayah,ia sangat-sangat
bermakna,penting dalamhidup anakmu ini” sambil
menahan sebak memikirkan apa yang terkandung
dan berharga di dalam handset tersebut
walaupun function di dalamnya tidaklah
seberapa baik berbanding dengan handset-handset
mahal yang lain.
Kemudian,kami
sekeluarga iaitu emak,ayah dan aku menaiki kereta menuju pulang ke
rumah.Namun,pada kali ini,ayah tidak melalui jalan biasa seperti hari-hari
kebiasaanKali ini,ayah dan emak berkata padaku “anakku,xperlu beli lagilah
handset baru ye,mane tau ada orang jumpa,ade rezeki handset itu akan
dipulangkan padamu”
Jiwaku terdiam
seketika.Aku sudah tidak memikirkan tentang handset tersebut namun mereka
mungkin tahu aku terasa kesunyian tanpa handset itu.Justeru,ayah pun
memberhentikan kereta di hadapan pasaraya yang aku ziarah sebelum ini.Ayah
menyuruhku bertanya kepada cashier di situ sama ada pernahkah di kalangan pekerja-pekerja di
pasaraya ini terjumpa dengan handsetku?Ku tertanya-tanya,masihkah rezekiku
masih di tanganku Ya Allah?Selepas itu,salah seorang pekerjanya memberitahu
bahawa hansdsetku telah pun ditemui.
Alhamdulillah,aku
terkejut dan terkesima kerana handset yang sudah tidak berada di tanganku
selama 5 hari telahku temui…Syukur yang tidak terhingga kuucapkan kepada Allah
Taala kerana kerisauanku kepada sebarang kemungkinan yang berlaku telah
diselesaikan oleh Allah Taala..Doaku kepada ALLAH Taala telah pun dimakbulkan..
Syukurku ke
hadratMu Ya Allah kerana ujian yang agak besar ini berjaya ku harungi dengan
jayanya..Syukurku dan terima kasihku ucapkan kepada Allah Taala,kepada emak dan
ayahku serta semua yang membantuku sepanjang perjalanan hidup ini..